Monday, May 5, 2014

APA KATA MURSYIDUL AM PAS ?

TGNA
: Hati saya cukup tenang sehari dua ini.

“Saya amat gembira perkembangan semasa berkaitan hudud sekarang. Saya tidak mahu sentuh banyak soal teknikal kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Cuma saya sentuh soal dasar sahaja. Alhamdulillah hati saya cukup tenang sehari dua ni... Banyak berita baik yang saya terima dan Insya-Allah, masyarakat juga menerima dengan baik,” katanya seperti dilapor Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Datuk Dr Asraf Wajdi Dasuki di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Kunjungan itu dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menziarahi mursyidul am PAS itu di rumahnya di Pulau Melaka kelmarin.

~ Harapan seluruh Rakyat Malaysia 'Yang Mahu' melihat agar Hukum Hudud ini dapat dilaksanakan..
Kita amat mengharakan agar Negeri Kelantan menjadi Perintis kearah berkenaan..
Semoga Kerajaan Pusat tidak lagi menjadi 'Penghalang' sepertimana yang dilakukan sebelum ini..

No comments:

Post a Comment

Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...