Thursday, February 2, 2012

MALANG TAK BERBAU, JEJANTAS MEMANG PERLU!

Berhampiran kedai roti canai Sdr Awi berdekatan Surau Saidina Ali di jalan Anggerik 5, BS7 Bukit Sentosa 2 ini ada simpang yang amat sibuk bagi pengguna jalanraya (waktu kerja), murid dan guru sekolah kebangsaan bukit sentosa dan Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2 di Anggerik 4. Sedemikian sebelum kemalangan lebih banyak berlaku dan sebelum ramai nyawa terlibat maka dicadangkan bumper yang berrekabentuk mampan dan terbaik perlu dipasang di simpang ini.
PAS Caw Bkt Sentosa 2 juga mencadangkan sebuah jejantas merintangi jalanraya antara sekolah Menengah Bkt Sentosa 2 dan Surau Saidina Ali (berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Sentosa) dibina bagi memudahkan aktiviti menyeberang jalanraya yang sibuk ini dan mengelakkan kemalangan jalanraya.
Jejantas ini juga bagus untuk murid sekolah untuk solat Jumaat bila Surau Saidina Ali ini menjadi Masjid kelak.






No comments:

Post a Comment

Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...