Monday, December 5, 2011

PASTIKAN BUKIT SENTOSA TIDAK DIPERKOSA

Tiada Dokumen Sah, 19 Orang Ditahan.

HULU SELANGOR - Polis menahan 19 warga Indonesia kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah dalam satu operasi di sebuah kawasan rumah panjang di Bukit Sentosa dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Affandi berkata operasi yang bermula dari pukul 11 malam hingga 6 pagi itu diketuai oleh timbalannya DSP Zulkifli Bidin bersama 50 anggota.

Beliau berkata semua lelaki warga asing yang berumur lingkungan umur antara 20 dan 40an itu merupakan pekerja buruh binaan di kawasan berkenaan.

"Mereka ditahan di sebuah rumah panjang dekat kawasan Bukit Sentosa. Mereka mengaku tinggal dan bekerja dalam negara antara satu dan dua tahun," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kesemua warga Indonesia itu akan diserahkan ke Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut.

Sementara itu dalam operasi yang sama, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat snuker di Bukit Sentosa.

"Ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah," kata Norel. - Bernama

Pasbs2 : Dulu UPU Bukit Sentosa 2 6-12 ada 700 pengundi, sekarang ada 2,000...sapa tipu???. Memang wajar polis sentiasa buat pemeriksaan mengejut membersihakan PTI yang bersembunyi.


CPJ: Warganegara diingatkan supaya sentiasa membawa Kad Pengenalan ke mana juga supaya tidak dianggap warga asing bila operasi dilakukan.Kebanjiran warga asing ke negara kita amat membimbangkan.

No comments:

Post a Comment

Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...