Wednesday, December 21, 2011
BAGAI DUIT MAK BAPAK MEREKA
SATU lagi kondo mewah dipercayai dibeli menggunakan wang rakyat RM10 juta oleh NFC (sebut National Family Corruption) didedahkan semalam, rujuk di bawah sekali.
Sebelum ini keluarga Shahrizat didedahkan membeli kondo mewah One Menerung di Bangsar berharga RM9.8 juta menggunakan dana NFC.
Kali ini, keluarga Shahrizat dikesan membeli sebuah lagi kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 pada 27 Januari 2010.
Di bawah ini disertakan dokumen carian rasmi sebagai bukti pemilikan kondominium mewah tersebut.
Ia dibeli pada harga S$4,107,600 (RM9.8 Juta) dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah tengah-tengah kota Singapura.
Lebih menjijikkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama keluarga mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.
Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.
Dokumen penuh sila download di bawah sekali.
Lihat dengan mata kepala anda sendiri wahai rakyat Malaysia khasnya ahli UMNO dan komponen BN di mana duit rakyat diperlakukan seperti duit mak bapak dia punya. Rakyat bersusah payah bertungkus lumus mencari sesuap nasi, menteri yang diberi amanah mengaut kekayaan untuk keluarga.
Wanita Umno, turut sama diperbodohkan supaya membela Ketua Wanita mereka yang sudah kekenyangan membolot kekayaan. Pemimpin tersenyum lebar bila pengikut mereka berjaya diperbodohkan.
http://milosuam.blogspot.com/2011/12/kantoi-lagi-kondo-mewah-keluarga.html
http://milosuam.blogspot.com/2011/11/kondo-rm98-juta-khairy-kantoikan.html
http://www.mediafire.com/?2n0nj85pjud9u3v
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/kondo-mewah-didaftarkan-terus-dengan.html#ixzz1h81fhogS
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/kantoi-lagi-kondo-mewah-keluarga.html#ixzz1h82r2eyR

No comments:
Post a Comment
Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...