PM Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan dan isteri, Rosmah Mansor menyumbangkan 402 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha. Hanya untuk Parlimen Pekan.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyerahkan seekor sapi sebagai ibadat korban. "Saya menyerahkan satu ekor sapi sebagai ibadah kurban saya dan keluarga untuk saatnya nanti diserahkan pada jamaah Masjid Istiqlal yang berhak," kata Presiden Yudhoyono.
Najib sumbang 402 ekor lembu, 'kelas' Najib. Sebagaimana umum mengetahui sebelum ini diriuhkan MB Selangor menyumbang lembu sumbangan syarikat-syarikat kerajaan negeri. MB ambil nama dan sebagai orang tengah agihkan sumbangan. Bagaimana dengan Najib, tentu sebagai orang tengah juga dan ambil nama dengan 402 ekor lembu!!
Dengan angka 402, alhamdulillah... teramat pemurah tu, lebih-lebih dipaparkan di UM!!
No comments:
Post a Comment
Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...