Komen : SPR adalah ditugaskan sepenuh masa untuk menguruskan pendaftaran daftar undi dan menguruskan data yang diterima dan kenapa sampi lebih 40,000 pemilih diragui.
PAstu nak bagi rakyat periksa untuk SPR sebanyak itu dalam masa 2 minggu?
Pastu siapa yang nak bantah dikenakan caj pula .
Kalau daftar pemilih mempunyai data diragui dalam jumlah 100 orang maka boleh juga di diterima sebagai data ragu, ini 40,000 orang.
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamerkan 42,051 nama pemilih berdaftar yang rekodnya meragukan mulai hari ini hingga 31 Disember ini.
Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, senarai nama itu dipamer melalui laman web SPR dan pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara.
Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan pemilih atau waris kepada nama dipamer tampil, membuat pengesahan berhubung status rekod pemilih mereka.
“Jika nama pemilih itu ada dalam senarai, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya, sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya,” katanya.
Beliau berkata, laman web SPR ialah www.spr.gov.my dan pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di 03-8885 6565 atau faks 03-8888 9112 atau hubungi pejabat pilihan raya negeri.
No comments:
Post a Comment
Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...