Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, April 10, 2011

BEKAS KETUA MENTERI TIBA-TIBA MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI ! PASTU RASMI GEREJA PULA ?

Bekas Ketua Menteri Sarawak(Tak malu betul BN nie, dah bubar DUN Sarawak mana boleh panggil Ketua Menteri), Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengaku dirinya bertanggungjawab menyelesaikan kemelut kitab Injil berbahasa Melayu di kalangan masyarakat pribumi Kristian di negeri itu.

Bercakap kepada kira-kira 1,000 penganut Kristian yang berketurunan Melanau semasa merasmikan Gereja St Peter/St Paul bernilai RM10 juta di Mukah hari ini, Taib berkata sebaliknya pembangkang tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.

"Saya yang bercakap kepada Perdana Menteri. Saya bagi tahu dia, adalah idea yang bodoh bagi mengecap nombor siri.

"Saya bagi tahunya supaya hentikannya dan dia kata 'baik, saya setuju dan akan menghentikannya'. Jadi dia hentikan cap nombor siri itu.

"Jadi sekarang, tidak ada lagi benda-benda mengarut ini,” kata Taib.
Taib juga menafikan pengecapan nombor siri itu adalah arahan kerajaan pusat tetapi sebaliknya menyalahkan pegawai bawahan kerajaan negeri yang menyalah-tafsirkan arahan berkenaan.

"Pegawai bawahan saya yang salah tafsir. Apabila (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) menyedarinya, beliau juga sependapat, adalah lucu bagi mentafsirnya (seumpama itu),” katanya kepada wartawan.

Tradisi Sarawak

Tegasnya, kitab Injil bahasa Melayu dan toleransi agama telah lama menjadi 'tradisi Sarawak”.

"Ini tradisi Sarawak. Kita sudah amalkan lama dulu. Mengapa buat sesuatu yang buat rakyat marah?

"Jangan sesekali mencampuradukkan agama dengan politik. Tiada apa yang lebih mudah bergejolak, senang menimbulkan provokatif berbanding mencampurkan kedua-duanya (politik dan agama).

"Tidak dapat dielakkan, kita akan bergaduh jika kita cuba mempolitikkan agama, lebih-lebih lagi jika isu perkauman dibabitkan sama," katanya.

Kontroversi itu tercetus apabila dua penghantaran kitab Injil berbahasa Melayu dirampas oleh kementerian dalam negeri - 5,100 di Pelabuhan Klang dan 30,000 lagi di Kuching.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan 'Al-Kitab' tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana mempunyai beberapa perkataan yang hanya 'eksklusif' untuk orang Islam.

Pada majlis ini, Taib juga sempat membidas Pakatan Rakyat yang didakwanya hanya tahu untuk menimbulkan kemarahan orang ramai dan lebih-lebih lagi jika "kita semua mempunyai rasa marah dan curiga terhadap satu sama lain... antara orang Kristian, Islam, Hindu atau pun Buddha".

"Kita mesti tidak boleh memberikan kebebasan kepada pelampau ekstremis agama untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat serta negara kita," katanya.

No comments: