Jambatan Km 22.9 PD-Sepang ditutup kenderaan berat
PORT DICKSON 14 Mac – Jambatan di KM22.90 laluan Port Dickson-Sepang dekat sini ditutup kepada semua kenderaan berat berkuatkuasa hari ini berikutan jambatan itu didapati mengalami kerosakan yang kritikal dan tidak selamat digunakan oleh kenderaan berat.
Pengarah Kerja Raya negeri, Datuk Ir Dr Roslan Md Taha berkata, semua kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jambatan itu atas faktor keselamatan.
"Satu pemeriksaan ke atas jambatan tersebut telah dijalankan oleh pihak Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Jabatan Kerja Raya pada 17 Januari lepas dan mendapati ia mengalami kerosakan yang kritikal dan ia tidak selamat digunakan oleh kenderaan berat.
"Sehubungan itu, kita mengambil keputusan menutup jambatan itu kepada semua kenderaan berat mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya kenderaan berat boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Port Dickson-Seremban (FT053) atau Jalan Port Dickson-Lebuh Raya PD-Seremban (E29) untuk ke Sepang atau Pelabuhan Klang.
Roslan berkata penutupan jambatan ini adalah sementara sehingga satu jambatan Bailey siap dibina dalam masa terdekat.
Standard pembinaan luncai bancai. Masih nak bina reaktor nuklear lagi?
ReplyDelete