Monday, June 14, 2010

MALANG 150,000 PENGAWAL KESELAMATAN

Kabinet memeutuskan tangguh perlaksanaan gaji minimum baru untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan 1 Julai ini.
Perkara ini telah dijanjikan semasa bulan April . Ini bermakna kerajaan tidak membuat kajian mendalam dan khusus dalam melakukan tugas ini. Kebetulan semasa bulan April adalah musim pilihan raya kecil Hulu selangor dan Sibu maka kerajaan mewar-warkan hanya untuk mendapatkan undi sebanyak mungkin dari rakyat marhein.
Terbukti kerajaan tidak mengkaji kemampuan syarikat yang mengendalikan khidmat pengawal keselamatan yang kebanyakan bergantung kepada jumlah bajet yang diluluskan dalam tender.
Pada 22 April lalu Menteri Sumber Manusia Dr S Subramaniam umumkan kenaikan 67% hingga 75% kepada gaji pengawal keselamatan. 150,000 pengawal keselamatan nampaknya hampa dan kununya kena tunggu 6 bulan lagi dalam keadaan harga barang naik kini.

2 comments:

Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...