Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang akan turunkan jentera untuk bantu PKR di Hulu Selangor
Semua AJK Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal PKR Pahang akan mengadakan perjumpaan khas di rumah saya pada 4hb April 2010 jam 11.00 pagi dengan agenda khas - Menurunkan Jentera dari kedua-dua Biro tersebut bagi membantu calon PKR didalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
Terdapat 3500 pengundi yang terdiri daripada Orang Asal di Hulu Selangor manakala pengundi-pengundi dari Rancangan Felda pula berjumlah lebih kurang 10000 orang.
Biro ini akan berkampong di Hulu Selangor dari Penamaan Calon hingga ke hari keluar mengundi, dan Biro ini menetapkan bahawa hanya mereka yang mahu bertugas sahaja yang diperlukan manakala pengunjung-pengunjung (tourists) tidak diperlukan.
YB Elizabeth Wong, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Datuk Zaid Ibrahim akan hadir di perjumpaan di rumah saya tersebut.
PKR Cabang Kuala Krau sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Felicia Ling dan adik lelakinya Alex Ling kerana tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan bantuan kepada PKR Cabang Kuala Krau.
Felicia didalam lawatannya ke Kuala Krau pada 31hb Mac 2010 bukan sahaja menemui kumpulan wanita Orang Asal di Kg Penderas dengan menganjurkan pertandingan anyaman yang menyediakan hadiah yang agak lumayan untuk Johan, Naib Johan dan tempat ketiga tetapi juga hadiah-hadiah sagu hati kepada setiap peserta.
Didalam lawatan itu Felicia telah memberikan ceramah kepada penduduk-penduduk Kg Penderas dan kampong-kampong sekitarnya dengan menyemaikan semangat kepada penduduk Orang Asal bagi mempertahankan hak dan kepentingan Orang Asal dan turut serta berjuang didalam Parti Keadilan Rakyat.
Penceramah-penceramah lain adalah Sdr Nizam Hamid, Ketua PKR Cabang Temerloh; Sdr Jay Murni AJK PKR Cabang Bera, Sdr Yusri Ahon Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal PKR Negeri Pahang, Sdr Hafez Harun, Setiauasaha PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Ramli Lugan, Setiausaha Kerja Biro Orang Asal PKR Pahang dan Sdr Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas.
Seramai 300 orang Penduduk Orang Asal Kg Penderas dan kampong-kampong berdekatan hadir di Majlis itu.
No comments:
Post a Comment