Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 30, 2010

BEKAS MB UMNO LAWAN ARUS TAK SETUJU CALON DARI UMNO DI HULU SELANGOR


Sudah terdapat suara-suara akar umbi yang meminta BN meletakkan calon dari UMNO setelah sekian lama berada di bawah parti komponen MIC. Ini berikutan jumlah pengundi Melayu di Parlimen tersebut sebanyak lebih kurang 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Dr Zainal memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 198 undi. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi manakala Datuk G. Palanivel dari BN mendapat 22,979 undi.
Parlimen Hulu Selangor menyaksikan undi rosak antara tertinggi di seluruh negara iaitu sebanyak 1, 466 undi. Ramai yang menganggap ia merupakan undi protes terhadap isu tempatan kerana BN memenangi ketiga-tiga kerusi DUN dalam Parlimen tersebut.

6. Sungguhpun ada permintaan UMNO untuk meletakkan calon, namun Mohamad Khir Toyo fikir ia tidak wajar dipertimbangkan. Ini memandangkan kawasan tersebut diberi kepada MIC dalam konsep persefahaman dan perkongsian kuasa antara kaum.
Pada beliau memang tiada siapa pun mahu kalah. Namun apa erti kemenangan jika prinsip ikatan persefahaman antara kaum yang dibina sejak 1957 dimusnahkan begitu sahaja hanya kerana mahu menang satu kerusi.
Beliau (Khir Toyo)percaya jika BN berpegang kepada prinsip ikatan antara kaum ini, pengundi akan memberi kemenangan seperti mana dalam pilihan raya kecil Ijok tahun 2007. Sungguhpun menentang calon "heavyweight" seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Cikgu Parthiban wakil BN dari MIC tetap menang di kawasan majoriti Melayu.
Beliau mengambil contoh dalam pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya pada 1989, calon Semangat 46 ketika itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris. Sungguhpun ia merupakan kawasan majoriti Melayu dan berhadapan dengan sentimen pengundi Melayu mahukan wakil rakyat Melayu, namun BN tetap mempertahankan ikatan kesatuan antara kaum dengan mencalonkan calon MCA, YB Ong Tee Keat. Dan BN tetap mendapat sokongan majoriti termasuk di kalangan pengundi Melayu.
Mohamad Khir Toyo tetap berpendapat BN harus meletakkan calon dari komponen MIC. Namun calon yang dipilih bukan sahaja popular di kalangan pengundi India tetapi harus juga berupaya meyakinkan pengundi Melayu dan Cina bahawa mereka juga akan mendapat perkhidmatan yang terbaik daripadanya.
Pada beliau tidak wajar meletak calon UMNO dalam kawasan yang sememangnya kerusi MIC dan juga tidak molek jika berpegang kepada konsep penyatuan 1 Malaysia. Pertahankan konsep permuafakatan BN demi kesejahteraan negara.

No comments: