Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, January 30, 2010
MEMALUKAN BUKIT SENTOSA
WARGA emas yang ditahan ketika membeli nombor ekor di Bandar Bukit Sentosa, meronta-ronta cuba melepaskan diri daripada penguat kuasa Jais.
Warga emas kemaruk nombor ekor bertindak ganas, meronta ketika disoal
Seorang warga emas berusia 60 tahun bertindak ganas dan meronta-ronta apabila ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan Operasi Judi di kedai ejen nombor ramalan di Bandar Bukit Sentosa, di sini kelmarin.
Pada awalnya, dia cuba menggunakan pelbagai helah termasuk melarikan diri ke keretanya bagi mengelak dicekup pada operasi yang dijalankan selama sejam itu.
Warga emas itu adalah antara enam pelanggan beragama Islam yang ditahan dalam operasi judi yang dijalankan pegawai Jais cawangan Hulu Selangor dan Gombak di dua kedai nombor ramalan.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jais cawangan Hulu Selangor, Khairul Hazri Sulaiman, berkata operasi bersepadu menahan penduduk Islam berjudi itu disertai tujuh kakitangan.
Katanya, operasi pertama tahun ini mendapat kerjasama empat pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
"Dalam serbuan pertama di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, kami menahan lima pelanggan beragama Islam kerana membeli nombor ekor.
"Kehadiran pegawai penguat kuasa tidak disedari membolehkan operasi berjalan lancar," katanya kepada Sentral di sini, semalam.
Beliau berkata, dalam operasi di premis kedua di Jalan Bunga Kertas di sini, pihaknya menahan warga emas itu yang berasal dari Kampung Sungai Buaya, juga kerana kesalahan sama.
"Beliau bertindak ganas dan mahu melarikan diri apabila disoal siasat. Semua suspek dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa menaiki kenderaan rasmi Jais untuk proses jaminan polis," katanya.
Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 17 (9/95) Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Bersabit kesalahan pesalah boleh didenda RM3,000 atau dipenjarakan dua tahun.
Khairul Hazri berkata, operasi judi akan terus dijalankan mereka mengikut jadual dalam usaha membanteras penduduk Islam berjudi dan mendidik mereka mentaati perintah Tuhan sepanjang masa.
Katanya, beberapa bandar di Hulu Selangor dikenal pasti ‘port’ kaki judi Islam dan memberi jaminan serbuan akan dilakukan dari semasa ke semasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalmualaikum
Berjudi dan tenung nasib ini adalah kerja-kera syaitan dan dilarang oleh allah dan manusia mesti menjauhinya dan hukumnya ialah haram disisi perudangan Islam.Hukumannya sudah tentu mendapat kemurkaan dari allah swt.Walaupun orang yang bermain judi bertahun-tahun tetapi tidak merasai apa-apa tindakan dari allah.Tetapi realitinya kealpaan dan keseronokkan bermain judi ada kalanya mendapat keutungan atau "aku dah kena" itulah kemurkaan Allah keatas mereka kerana hidayah atau pertunjuk tiada diberi dan dibiarnya sesat berpanjangan serta keberkatan dalam hidup tiada.Apa yang paling penting khususnya individu Islam perlu menghindarinya dan sekiranya sedar perlulah bertaubat dengan segera.Lebih baik kita bersedekah kepada orang yang memerlukan daripada kita bersedekah kepada 4 nomber ekor atau seupamanya atau boleh dikatakan membeli tiket ke NERAKA.
Post a Comment