Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, October 28, 2009

PROJEK BESAR YANG TELAH DIRUJUK JKR PUN BANYAK YANG RUNTUH !

Kerajaan belum mewajibkan semua projek persendirian yang bersumberkan sumbangan orang ramai dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), sebaliknya kontraktor perlu menitik beratkan aspek keselamatan selaras dengan etika kejuruteraan.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata bagaimanapun kerajaan tetap perlu mengambil tahu sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas projek-projek seumpama itu.
Yerlah tu, wajibkan ke JKR pun kantoi inikan pula projek bilis yang tak dipandang oleh JKR.Sekarangpun dah bertali arus bangunan runtuh,masjid roboh,stadium runtuh ,bumbung parlimen,bumbung mahkamah dan tak taulah banyak sangat .Sampai ada laporan tak siap-siap sampai sekarang.
"Sebenarnya, dalam bidang kejuruteraan apa jua yang kita lakukan perkara utama yang mesti kita fikirkan adalah tanggungjawab memastikan keselamatan pengguna. Itu adalah perkara yang diwajibkan dalam bidang kejuruteraan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerajaan akan mewajibkan semua projek yang dibina hasil daripada sumbangan persendirian perlu dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan bagi mengelak tragedi jambatan gantung di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar, Perak runtuh semalam daripada berulang. - Bernama

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Sepatutnya bila berlaku gempabumi banyaklah bangunan yang runtuh tapi sebaliknya.Agak-agak banyak yang dapat durian runtuh.