Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, October 24, 2009

PADAN MUKA KAU NAJIB SAPP PUN TAU SIAPA TIRU SIAPA

TENOM: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah menegaskan bahawa keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengiktiraf September 16 sebagai Hari Malaysia sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru baru ini merupakan sekadar ‘duplicating move’ dimana cetusan idea itu lahir daripada pihak pembangkang.
“ Sememangnya keputusan kerajaan BN berhubung September 16 itu sudah kena pada masanya…tetapi tak perlulah rakyat terperanjat sangat pengumuman PM itu…dan memang hak kita merayakannya,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Sabtu dibilik mesyuarat Pejabat Perhubungan SAPP Melalap.
Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap/Kemabong berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana mesyuarat tahunan SAPP kawasan Melalap dan Kemabong yang akan diadakan di sini pada Oktober 31.
Mesyuarat tersebut yang dijangka akan dirasmikan oleh Presiden SAPP yang juga mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, turut dijadualkan akan melawat kawasan pekan kecil Melalap dan hospital disini sebelum beliau merasmikan mesyuarat tersebut.
“ Kita mahu Datuk Presiden itu sendiri melawat kawasan pekan kecil Melalap, yang selama ini diselubungi isu hangat, dimana turut melibatkan 19 JKKK menghantar satu memorandum kepada kerajaan meminta supaya janji pemimpin mereka sebelum pilihanraya umum lalu untuk mewartakan pekan kecil itu ditunaikan,” tegas Jimmy.

SAPP BOLEHHH!!…barisan JK pelaksana mesyuarat tahunan SAPP Melalap/Kemabong
“ Bukan itu sahaja…malah hospital disini yang dibina sekitar tahun 1959, pun keadaan kedaifannya terus terbiar, termasuklah ketidak mampuan hospital itu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah…lebih lebih lagi hospital itu sudah dua kali dilanda banjir kilat sebelum ini,” tambah beliau lagi.
Jimmy turut mempersoalkan sikap pemimpin kerajaan yang berulangkali bercakap kepada rakyat kononnya mereka telah menyediakan peruntukkan berbillion ringgit untuk pembangunan infrastruktur luar Bandar termasuk menaiktaraf pusat pusat kesihatan, tetapi anehnya masalah sedemikian masih belum ditangani dengan sepenuhnya.
“ Apakah mereka ini bersandiwara kepada rakyat yang mengundi mereka sehingga kerajaan BN terbentuk…tetapi ada juga kalangan pemimpin bawahan mereka menjawab kononnya peruntukkan sudah lulus tetapi masalah tapak yang sukar diperolehi…ini semua sandiwara semata mata…takkan penyediaan tapak memakan masa bertahun tahun lamanya,” ujar beliau.
Kepada satu soalan tambahan sama ada SAPP mampu menangani masalah yang membelenggu kepimpinan kerajaan BN masa kini berhubung kelembapan pembangunan seperti yang beliau nyatakan jika SAPP dapat menerajui kerajaan selepas PRU ke-13 nanti Jimmy berkata,
“ Sudah tentunya boleh jika sesebuah kerajaan itu serius melaksanakan apa yang telah dijanjikannya kepada rakyat sebelum pilihanraya…tetapi saya tidak bermaksud yang kerajaan BN tidak mampu melaksanakan tanggung jawab itu…Cuma, pemimpin mereka yang kurang serius,” jelas beliau.
Ends///..

No comments: