Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 22, 2009

UMNO NEGERI 9 JUGA BERGOLAK SECARA SENYAP!

Azman Hasan iaitu abang kepada Mohamad Hasan (MBNS) dikhabarkan telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan berkuatkuasa pada 16 April 2009 yang lalu. Perkara ini disahkan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) daripada Azman Hasan sendiri kepada salah seorang Pemuda Bahagian Rembau. Bagaimanapun Azman Hasan dikhabarkan tetap meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Umno Bahagian Rembau selagi dikehendaki oleh adiknya sendiri selaku Ketua Umno Bahagian Rembau.
Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang kini disandang oleh Mohamad Hasan juga dikhabarkan bakal bertukar tangan. Menurut maklumat yang diperolehi, salah seorang MT Umno dikatakan bakal menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Mohamad Hasan yang tewas dalam pemilihan MT Umno baru-baru ini. Desas-desus turut melaporkan bahawa Hasim Rusdi yang kini menjawat jawatan Ketua Umno Bahagian Rasah, Adun Labu serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan telah disebut-sebut akan menggantikan Azman Hasan selaku Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang baru.

No comments: