Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 13, 2009

UMNO MEMANG BENAR DALAM HAL INI !

Teman nak mengingatkan kepada teman seperjuangan Pakatan Rakyat bahawa walaupun kita menang di 2 bukit namun UMNO telah berjaya memenangi RM yang lumayan.Sebab itu jika kita amati kerugian dalam syarikat Syabas, Puncak Niaga, anak syarikat Mara dan seangkatan dengannya yang kerugian jutaan malah bilion namun sebenarnya mereka yang mengendalikan syarikat sendawa RM tidak berhenti-henti.Bayangkan PLUS tahun pertama operasi telah memberi bonus kepada kakitangannya lebih 1 bulan.Macammana yang dikatakan rugi?

Menurut salinan surat pekeliling UMNO Bahagian Bukit Gantang yang bertarikh 20 Mac, 2009, setiap peringkat dan gerakan ahli UMNO diberi bayaran sehingga mencecah ribuan ringgit.

Surat yang bertajukPeruntukan Kewangan Bagi Petugas-petugas Jentera Pilihanraya UMNO Parlimen Bukit Gantang, sebuah keluarga ahli UMNO dibayar sebanyak RM 1000.00.

Manakala pemuda, wanita dan puteri yang bertugas dibayar sebanyak RM 100.00 sehari setiap seorang sepanjang kempen pilihanraya tersebut.

Mereka yang menggunakan kereta untuk bertugas dibayar pula sebanyak RM 100.00 dan motosikal sebanyakk RM 50.00 setiap hari.

Selain itu, sesiapa yang menjadi penyokong UMNO turut dibayar sebanyak RM 500.00

Bayangkanlah satu keluarga yang menjadi ahli UMNO, isterinya seorang wanita UMNO anak lelakinya menjadi pemuda dan anak perempuannya seorang puteri UMNO.

No comments: