Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 15, 2009

UMNO KELIRU : BENARKAH SEMUA PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT ?


Saya terpanggil untuk menulis kenyataan ini kerana baru-baru ini saya menerima perkhabaran bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menyalurkan bantuan 20 unit komputer kepada JKKK FELDA Bukit Rokan. Saya mengakui kerajaan berniat baik. Saya tahu terdapat jurang perbezaan dalam bidang IT dan teknologi antara masyarakat Bandar dengan masyarakat kampung (luar Bandar). YB Datuk berniat baik untuk menggalakkan masyarakat luar bandar agar lebih terdedah dalam dunia IT dan menggalakkan perkembangan ilmu.

Tapi sedarkah pihak kerajaan dengan menyalurkan bantuan seperti itu juga memusnahkan perusahaan kelompok kecil yang lain. Untuk makuman, telah ada peniaga kecil dikalangan bumiputera yang telah mengusaha perniagaan internet dan komputer di tempat tersebut.

Pembinaan sebuah lagi pusat internet di FELDA Bukit Rokan melalui peruntukan 20 unit komputer kepada pihak JKKK adalah tidak relevan dengan kapasiti penduduknya seramai 2000 orang yang mana sebahagian besarnya adalah lingkungan umur 30 tahun ke atas dan hanya dianggarkan 400-500 orang lingkungan umur remaja (10 -20 tahun). Yang menjadi pengunjung pusat internet sekadar 15-20 orang sehari.

Berdasarkan jumlah penduduk yang kurang, adalah mustahil untuk peniaga kecil tersebut bersaing dengan pihak kerajaan ditambah pula dengan jadual persekolahan yang agak panjang iaitu daripada pagi hingga petang menyebabkan pengunjung hanya ramai di sebelah lewat petang dan hujung minggu.

Pendek kata, pembinaan pusat internet yang dibuka oleh pihak kerajaan nanti tentunya memberi kesan yang besar dan kerugian terhadap perniagaan tersebut.

Sememangnya benar... tidak semua pembangunan oleh kerajaan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Selain contoh di atas, pembangunan dengan pembukaan gedung perniagaan dan pasar raya sebenarnya telah mengenepikan atau membunuh peniaga-peniaga kecil yang lain yang rata-rata adalah daripada masyarakat bumiputera rakyat luar bandar.

Kita bukan menolak pembangunan tapi benarkah pembangunan tersebut benar-benar untuk kesejahteraan rakyat???

No comments: