Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 13, 2009

RAKYAT SEDANG TERKIAL MEMAHAMI SATU MALAYSIA, IBRAHIM ALI NAK AMUK PULA

Pihak UMNO/BN marah betul bila pembangkang menyamakan konsep Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia . Kekeliruan tersebut harus segera dihentikan bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Yang teman hairan Malysia memang ada satu dan selama ini kerajaan Malaysuia berkempen supaya bersatu.
Benarkah Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin UMNO menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konsep tersebut tidak mengetepikan hak bumiputera dan Melayu seperti termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan?
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, bumiputera dan Melayu yang mewakili 60 peratus komposisi penduduk di negara ini sedia berdepan mana-mana pihak demi mempertahankan konsep Satu Malaysia yang menjaga kehormatan Perlembagaan itu.
"Ini bukan Singapura. Ini Malaysia yang mana rakyatnya berjanji setia kepada raja dan negara. Kita mempunyai kedaulatan undang-undang, jadi jangan derhaka.

"Jika ada sesiapa yang cuba samakan Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia, Perkasa dan kaum bumiputera akan bangkit menentang mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi melahirkan kerisauan masyarakat bumiputera tentang cubaan sesetengah parti politik, media dan blog yang cuba memanipulasi maksud Satu Malaysia yang dibawa Najib.

Menurut Ibrahim, gerakan halus itu mahu memecahbelahkan masyarakat dan dikhuatiri cubaan menidakkan kuasa raja-raja Melayu serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjelaskan, konsep Satu Malaysia adalah komitmen Najib dan kerajaan dalam memelihara keharmonian kaum berpaksikan kesejahteraan serta pertumbuhan ekonomi.

"Dalam konsep ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) kununnya langsung tidak mengetepikan hak rakyat Malaysia yang berbilang kaum malah selari dengan Perlembagaan.
"Konsep 'Malaysian Malaysia' pula mementingkan sama rata dan sama rasa tetapi cenderung menafikan peruntukan Perlembagaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihak pembangkang tidak harus membangkitkan isu kesamarataan yang sebenarnya bukan menjadi keutamaan dalam konsep Satu Malaysia.

Beliau kesal dengan sikap pembangkang memanipulasi konsep tersebut semata-mata untuk mengelirukan rakyat kononnya kerajaan mengetepikan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Kata Rosnah, agenda jahat itu ternyata akan memberi kesan kepada perpaduan serta hubungan kaum di negara ini sekali gus merosakkan konsep yang matlamatnya ialah supaya rakyat Malaysia bersatu, berpadu dan bersama-sama membangunkan negara.

''Kita tidak mahu konsep itu dicanang oleh pembangkang menyamai Malaysian Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang berbeza,'' katanya.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, pihak terbabit terutama para penulis blog seperti tidak mengakui usaha kerajaan selama ini yang mengambil kira kepentingan semua kaum.

"Satu Malaysia adalah pendekatan Datuk Seri Najib untuk meneruskan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti mengutamakan kedudukan agama Islam untuk orang Melayu serta menjaga kepentingan Cina dan India dalam menghormati kewujudan sekolah vernakular.

"Malaysian Malaysia pula berbahaya bagi kelangsungan orang Melayu dan pribumi yang mana kedudukan raja-raja Melayu dicabar, kedaulatan Islam diperkotak-katikkan manakala kedudukan bahasa Melayu disamaratakan," jelasnya.

Sementara itu, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) juga menyeru rakyat Malaysia terutama bumiputera terus mempertahankan kedudukan agama Islam dan kehormatan raja-raja serta bahasa Melayu demi mengekalkan keharmonian negara.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar mengingatkan, konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan Najib masih menghormati dan mengiktiraf kepentingan semua pihak dengan mendahulukan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi ikatan kesejahteraan kaum selama ini.

No comments: