Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 13, 2009

PRU 13 : ASKAR WATANIAH AKAN DIGUNAKAN?

Teman bila baca tajuk macam tak percaya je ada perancangan jahat untuk mengatasi kekuatan pembangkang yang telah berakar umbi di sanubari rakyat Malaysia pada semua kaum dan bangsa.Tetapi sedarlah wahai rakyat, blogger, orang ramai dan media bahawa ini adalah satu perancangan jangkamasa panjang yang semua orang tidak sedari.
Jadi bangunlah dan bekerja untuk keluarga dan di samping itu berjuanglah mendapatkan maklumat perancangan jahat mereka dan bongkarkanlah aktiviti mereka yang sanggup menggunakan apa cara bagi mempertahankan kuasa yang ada pada mereka yang telah jauh disalahguna oleh mereka.
Dengarnya UMNO cuba menggunakan taktik yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih kemenangan semula melalui penipuan.
Ini dapat dirasa dari kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.
Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.
Jika diimbas kembali pilihan raya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.

Dengan cara yang sama itulah Najib kini mengajar Zahid Hamidi untuk mempergunakan Kementerian Pertahanan bagi menambahkan undi untuk UMNO-Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang. Taktik kotor dirancang supaya kesannya berpihak kepada mereka untuk setidak-tidaknya di dalam pilihanraya umum akan datang.

Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi.

No comments: