Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 17, 2009

PRK BELUM PASTI : SPR AKAN MENELITI SURAT PERLETAKAN JAWATAN FAIRUZ!


Kalau insiden Osman Jailu dan sorang lagi (malas nak sebut) pelompat katak dijadikan sandaran maka PRK Penanti rasanya belum tentu dibubarkan.Fairus kena terus jadi ADUN sehingga SPR sahkan dalam mesyuaratnya kelak.

Tidak kira samada Speaker sah terima surat peletakan jawatan Fairus atau tidak.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussin mengesahkan telah menerima salinan asal surat peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus sebagai ADUN Penanti, semalam.
Abdul Halim bagaimanapun masih enggan mendedahkan daripada siapa surat tersebut diterima.
"Apa yang penting, kita menerima surat tersebut.
"Awalnya kita menerima salinan faks dan kemudian salinan asal mengenai peletakan jawatan Fairus," katanya sebagaimana yang disiarkan dalam Mstar sebentar tadi .

Beliau juga turut enggan mendedahkan masa sebenar salinan surat asal tersebut diterima.

Abdul Halim berkata, beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya lewat petang ini berhubung perkara itu.

Ditanya bila beliau akan menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN tersebut, Abdul Halim berkata, beliau akan berbuat demikian secepat mungkin.

No comments: