Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 13, 2009

PEMIMPIN UMNO jangan jadi BODOH Tak BOLEH DI AJAR


Teman terharu bila membaca kesedaran BPN mengenai kekalahan BN di dua bukit.Walaubagaimanapun mereka masih sukar meninggalkan BN/UMNO.
BARISAN Nasional gagal menawan kembali dua bukit -Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah - dalam pilihan raya kecil semalam.

Pas dengan mudah mempertahankan Bukit Gantang manakala Parti Keadilan Rakyat berjaya mengekalkan Bukit Selambau, tetapi gagal merampas DUN Batang Ai, Sarawak.
Keputusannya - BN satu, Pas satu dan PKR satu. Bagi BN, ini adalah kekalahan pilihan raya kecil keempat sejak pilihan raya umum 2008. Sebelum ini, BN kalah kerusi Parlimen Permatang Pauh (kerusi PKR) dan kerusi Parlimen Kuala Terengganu (kerusi BN).
Peralihan kuasa negara daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak pada 3 April lalu belum meyakinkan majoriti pengundi bahawa BN, khasnya Umno, sudah berubah.
Untuk berlaku adil kepada Mohd Najib, kita perlu mengakui bahawa adalah mustahil bagi beliau memperbaiki keadaan kucar-kacir selama lima tahun lima bulan di bawah kepemimpinan Abdullah, dalam masa lima hari.
PENYOKONG KITA : TATANGLAH mereka bagaikan MINYAK yang PENUH
Apa yang kita dapat dari pemilihan Bukit Gantang dang Bukit Selambau? Yang kita dapat pengundi MELAYU berada dibelakang kita. Pengundi Melayu kembali kepada UMNO dan menyokong UMNO dan gagasan BN. Yang kita dapat pengundi Cina dan India sangat jitu bersama pembangkang.
Tetapi mengapa jika kita pergi kempen BN, bermacam-macam hadiah jutaan ringgit dalam bentuk geran diberikan kepada pengundi Cina dan India tidak kepada pengundi Melayu.
Wahai pemimpin Melayu UMNO, anda disokong oleh Melayu . Melayu telah kembali kepada anda maka WAJIB bagi anda memberi peruntukan yang banyak kepada pengundi-pengundi anda.
Pengundi Cina dan India biarlah pembangkang membela mereka. Jangan jadi yang dikendong keciciran dan yang dikejar tidak dapat.
Bantulah MELAYU kerana ternyata pengundi MELAYU tahu akan jasa UMNO dan sedar akan UMNO dan telah beralih kepada UMNO.

No comments: