Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 13, 2009

Pembinaan Klinik Kerajaan Di Bukit Sentosa 2 Perlu Di Segerakan.


Mohon pihak yang berkenaan terutama Penyelaras DUN Batang Kali dan Ahli Parlimen Hulu Selangor dapat menimbang, merancang dan membina klinik kerajaan bersaiz besar di tapak Jalan Seroja Bukit Sentosa 2.Sudah sampai masanya tapak yang sesuai ini betul-betul terletak berhadapan klinik kerajaan sementara sekarang.
Dengan faktor penduduk yang telah bertambah maka ramai keluarga yang terdiri dari bayi dan kanak-kanak serta remaja bertambah dengan pesat.Ini di tambah dengan pembinaan Sekolah Menengah di berhadapan Sekolah Kebangsaan Sentosa yang akan siap tidak lama lagi.
sedemikian kemudahan kesihatan berupa klinik yang besar diperlukan bagi menampung penduduk yang ramai terdiri dari berbilang kaum dan bangsa meliputi Taman Anggerik, Aparmen, jTaman Seroja , Taman Telipo, taman Kemboja , Taman Bakawali, taman Kesumba dan Taman Widuri.
Begitu juga persediaan menghadapai wabak penyakit amatlah perlu disediakan.

No comments: