Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 17, 2009

NAJIB DIJANGKA AKAN BUAT KEPUTUSAN PALING CANGGIH !

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti semalam sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.Sedemikian beliau mungkin tidak akan melayan PRK tersebut.
Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Mohammad Fairus itu adalah satu keputusan politik.
Beliau akan memastikan wang rakyat tidak akan dihabiskan dengan sia-sia kerana dalam lubuk hati beliau adalah "SATU MALAYSIA" sahaja dan tidak lain dari itu.Begitulah semangatnya yang terbaik selepas melepaskan 13 orang dari ISA dan membebaskan pengharaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan.
“Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia di sini, hari ini.

No comments: