Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 13, 2009

MECD TAK PERLU ATAU PENTING MACAM BISKUT !


Teman dimaklumkan Kerajaan akan memberi penjelasan terperinci berhubung pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Teman rasa sepatutnya segala pembentukan atau pembubaran agensi atau syarikat harus diteliti atau ada kertas kerjanya supaya aktiviti yang telah melibatkan orang ramai tidak akan bercelaru.Orang ramai juga akan memandang serong bila ada pembubaran yang dilakukan secara mengejut.Mungkin rakyat akan sangkaburuk bahawa pembubaran tersebut hanya alasan untuk menutup sesuatu kerugian atau penyelewengan yang ada berlaku.
Muhyiddin berkata penjelasan berhubung pembubaran dan fungsi kementerian itu yang telah diserapkan kepada beberapa kementerian lain ekoran pengumuman kabinet baru pada Khamis lepas akan dibuat sama ada oleh beliau sendiri ataupun Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kesemua fungsi yang sebelum ini terletak di bawah tanggunggjawab MECD akan diberi perhatian walaupun telah diserapkan kepada kementerian lain.

“Pada peringkat awal semua berminat nak tahu…tapi saya beri jaminan tidak ada satu pun yang dianggap tidak penting…bila kabinet baru dibentuk tentu ada pihak tertanya-tanya mengapa ia ditiadakan tetapi pada dasarnya ia tetap diutamakan,” katanya selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat di kediamannya di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa mengumumkan barisan kabinet barunya pada Khamis lepas telah tidak menyebut MECD dalam senarai kementerian di bawah pentadbirannya.

Najib kemudian mengeluarkan kenyataan akhbar yang memaklumkan semua agensi di bawah MECD disusun semula dan diserapkan kepada beberapa kementerian lain, termasuk ke dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

No comments: