Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 16, 2009

MASIH ADA SPESIS YANG BELUM JUMPA NAS ARAK & JUDI ITU HARAM


Teman pun ingin panjangkan tugas ini kepada Senator Jamir Khir sebagai tugas ke2 bagi mendakwah spesis anak TDM ni supaya menjauhi arak & judi lebih--lebih lagi sebagai pengilang atau penjual serta pemegang saham.Mirzan, anak sulong kepada dr Mahathir Mohamad membeli sebahagian dari saham dalam syarikat pembuat arak dari Jepun, Kirin holdings Co. Ltd. Demikian didedahkan Business Mirror dalam laporannya 23 Februari lepas. Menurut laporan itu, Mirzan merupakan salah seorang daripada empat tokoh perniagaan yang membiayai Q - tech, sedang berusaha membeli sejumlah 20% saham bernilai USD 20 juta syarikat Jepun itu.
Tokoh-tokoh lain lain ialah Roberto V. Ongpin, Eric O.Recto dan Alexender Blador. Pembelian itu dibuat melalui San Miguel Corporation yang beribu pejabat di Filipina. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Contoh arak yang dikeluarkan oleh Syarikat San Miguel Corp. ialah gambar di sebelah
Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.
Bagi pemimpin-pemimpin UMNO ini mereka tidak menghiraukan lansung sumber pendpatan mereka samada dari punca yang halal atau haram. Ia tidak lansung memperhitungkan ajaran Islam dan keberkatan Allah di dalam setiap rezeki yang mereka cari.
Hal yang serupa juga mengenai kes PM, Najib Razak yang telah meluluskan 10 lesen judi sebaik saja menduduki jawatan sebagai Menteri Kewangan dimana beliau dengan bangga menytiharkan negara memungut cukai sebanyak RM77 juta. Kami telah mendedahkan sebelum ini di mana wang dari inilah digunakan untuk menampung pembelian ADUN-ADUN yang melompat parti di dalam usaha merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.

1 comment:

anakMELAYU said...

Betuika ceghita2 ni atau tok karut yg lebeh ceghita?,jangan la borong semua org UMNO makan tak kira duit haram ka halal.Depa pun bagi makan anak bini macam hang jugak.Hang tak ingat dosa ka tuduh org sebarangan.Kita semua org Islam.Ana mau tanya sikit gaji yang anta dapat dan semua org PAS atau PR terutama DAP tu halalkah kalu selidik punca nya dari A sampai Z? jangan kata dulang paku serpih,kata org awak yang lebih.Bawa istighfar banyak2.