Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 22, 2009

DENDAM KESUMAT TUN MAHATHIR PADA TAN SRI NAZRI & SIFAT SEMBUNYIKAN PERASUAH MASIH MENEBAL



Dr Mahathir berdendam dengan Tan Sri Nazri dan bersubahat menyimpan maklumat perasuah.SPRM perlu siasat beliau.
Pertama-tama tanpa segan silu beliau memberitahu mengenai 2 orang yang DS Najib tidak patut disenaraikan dalam kabinet dapurnya.
Bagaimanapun Najib melantik juga orang yang tidak layak menjadi menteri yang terlibat dengan rasuah dan secara tidak langsung membuktikan beliau tidak mengikut telunjuknya .
Bila ditanya wartawan siapa menteri tersebut,beliau kata saya tidak akan beritahu.
Walaubagaimanapun bila digesa beliau menambah “Nazri nakal pada saya dengan itu saya tidak suka dia”.Johari Baharum pula pada 2007 mempunyai tuduhan menerima RM5 juta bagi membebaskan sesesorang.Sudah tentu dia telah dibersihkan tetapi ramai orang masih merasa dia tidak layak jadi menteri.
Dr Mahathir mempertahankan pendapatnya bahawa BN harus bertanding di DUN Penanti walaupun berlawanan keputusan Najib yang menyatakan adalah membuang masa & tenaga dalam keadaan ekonomi Negara sekarang.
Bagaimanapun beliau juga menyatakan walau ada perbezaan pendapat tidak semestinya beliau cuba menentang Najib.

No comments: