Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, April 11, 2009

BERAPA JUMLAH RM SEWA KHEMAH DI 3 PRK?


Polis Teraniaya di Bkt.Gantang!!

Teman ternanti-nanti pengumuman perbelanjaan penghantaran khidmat polis di Pilihan Raya kecil di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai.Adakah lebih RM4,000,000 perbelanjaan di PRK Kuala Terengganu.DaBerapa ramai anggota polis dikerah di 3 PRK tersebut?Semua nya rakyat perlu tahu kerana mereka ditanggung oleh rakyat melalui cukai.
Kita lihat keadaan khemah penginapan sementara yang disediakan di Changkat Jering dan Trong yang menempatkan lebih 4,000 anggota polis didakwa tidak mempunyai bekalan air yang sempurna dan juga persekitaran yang terlalu kotor. Sumber yang enggan dikenali memberitahu TV Antara, keadaan di tempat berkenaan terlalu kotor dan juga dipenuhi lalat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa. Malah sumber juga tidak terkejut sekiranya tercetua wabak penyakit saperti "typhoid" dan denggue sekiranya keadaan yang menjijikan ini berterusan.

Menurutnya lagi, kebanyakan anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut berasa tidak berpuashati dan terasa teraniaya kerana masalah yang dihadapi tidak diambil perhatian yang serius oleh pihak atasan. Sumber turut mendakwa, keadaan tersebut menyebabkan kebanyakan anggota berasa tertekan memandangkan mereka terpaksa bertugas dalam tempoh yang panjang dan tidak dapat berehat dengan sempurna dan selesa.

Malah dakwa sumber projek pembinaan tapak kedua-dua kemtersebut berserta penyediaan segala peralatan dan kemudahan diberikan kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin Umno yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

1 comment:

Anonymous said...

ni citer benar, ada sorang anggota polis trafik masa melistas di hadapan peti undi simpang dihadapan perayu undi PAS (termasuk aku), sambil lalu dengan perlahan, sambil cakap 'hidup PAS' berulang kali...