Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 13, 2009

APA DAH JADI BEKAS AHLI PARLIMEN UMNO LABUAN?

Bekas anggota parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu berhubung kes penipuan.

Beliau dibenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Bekas ketua bahagian Umno itu dilaporkan akan didakwa esok di Mahkamah Majistret berhubung pengisytiharan palsu pada 1996.

Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

Menurut laman web The Star hari ini, Suhaili menggunakan kad pengenalan palsu bagi mendapatkan pinjaman beribu-ribu ringgit dan memulakan perniagaan dan membeli hartanah.

No comments: