Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 17, 2009

AL-SUDAHTENTULA NAJIB YANG GELOJOH DAN GOPOH !


1. Kita masih ingat pada februari 2009 Najib secara gopoh menggulingkan kerajaan pakatan rakyat di perak. Tetapi dia terlupa kepada watak speaker yang sehingga kini memeningkan kepalanya.Kalau beliau smart skit , sabar tunggu dewan buat keputusan tidaklah nampak seperti merampas.

2. Begitu juga pada 3 april najib secara gopoh (jumpa Agong berasingan dengan Pak Lah dan turun naik jumpa Agong selepas itu) ala merampas kerajaan Perak telah mengangkat sumpah menjadi perdana menteri keenam, sekali gus menjadi ketua badan eksekutif negara ini.

3. Manakala pada 9 april 2009, Najib secara gopoh membentuk senarai kabinet tetapi tertangguh sehari selepas itu.Moto beliau kononnya - satu malaysia. dengan membawa pelbagai perubahan dan janji (retorik, al-tentunya) tetapi dia terlupa nasib usahawan/agensi bumiputera yang selama ini bernaung di bawah kem pembangunan usahawan.

4. Selepas itu Mahkamah Shah Alam di bawah Kerajaan BN dengan ber PM kan Najib telah menjatuhkan hukuman mati terhadap 2 orang UTK yang setia pada negara dan setia berselubung dan kununnya sentiasa tenang menerima hukuman dari Hakim.Hukuman ini nampak tergopoh sangat teorinya kes ini perlu disetelkan sebelum PM pergi ke Pataya, Thailand untuk mengadiri Mesyuarat Kemuncak Asia.

5. Najib tergopoh-gopoh pulang ke Malaysia sebelum Mesyuarat Kemuncak Pataya bermula.
Ini kebetulan disebabkan demontrasi penyokong bekas PM Thailand Taksin.

6. Najib secara tidak langsung sebagai PM tergopoh bila membiarkan kes speaker Perak yang belum selesai di Mahkamah Tinggi Ipoh di setelkan oleh peguambela BN/UMNO dan Peguam Negara UMNO di Mahkamah Persekutuan.Ini ekoran kesan tidak bersidang hingga 15 Mei akan menyebabkan DUN Perak dibubarkan secara automatik?

7. Satu Malaysia yang dilancarkan secara gopoh juga tidak dapat menyatukan pemimpin UMNO yang setia Mahathir dengan pemimpin penyokong Najib.Dengan sebab itu bekas MB lupa tugas pada rakyat dan tidak segan silu meluahkan isihati mereka seolah-olah mereka lebih layak dari MB UMNO yang sedang memerintah.

ISU SETERUSNYA - apakah mungkin Najib akan terlupa dan terlepas pandang dengan lebih banyak? selepas melihat kecuaiannya dalam beberapa insiden terbaru ini, kenapakah nasib kebajikan rakyat turut seperti buat-buat lupa atau terlupa?

No comments: