Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 29, 2009

APA KES ? KENYATAAN BERBEZA ANTARA POLIS DAN PENGUAM NEGARA !

Blogger terpanggil memberi reaksi apabila Senator T Murugiah bercadang untuk menyaman Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menunjukkan dia seolah-olah bertindak ala samseng semasa memasuki rumah mayat hospital Serdang bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Divamany pada 21 Januari lalu.
Kedua mereka bersama sekumpulan (Hindraf) telah dikatakan meceroboh rumah mayat berkenaan untuk mendapat pengesahan atau menyiasat berhubung kematian seorang tahanan polis A Kugen, 22 pada Selasa lalu. Kematian Kugen dikatakan menimbulkan keraguan terutamanya anggota keluarganya.
Kontroversi mula timbul apabila mulanya polis membuat kenyataan kematian itu disebabkan Kugen menghidapi paru-paru berair. Maksudnya kalau mati kerana penyakit itu ia adalah kematian biasa dan tidak ada apa-apa yang disyaki berlaku.Bagaimana pun bila Penguam Negara, Abdul Ghani Petail membuat kenyataan kematian itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh menyebabkan ia semakin menimbulkan kekeliruan. Kenyataan Ghani itu menolak sama sekali kenyataan polis tadi.
Kenyataan Ghani mekain menjadi perhatian umum kini. Apa gambar-gambar mayat Kugen yang menunjukkan kecederaan di beberapa bahagian tubuh disebar dalam internet atau blog. Kecederaan itu menyebabkan kenyataan awal polis kematian itu disebabkan paru-paru berair diragui dan umum mula mengsyaki berlaku sesuatu yang luar biasa keatas Kugen.
Murugiah mempertahankan kedatangannya dia ke bilik mayat itu atas tanggungjawab awamnya. Dalam hal ini tentu beliau tidak mahu ketinggalan untuk menangani masalah Kugen dan membela keluarganya. Sebagai orang politik Murugiah kena bertanggungjawab kalau tidak beliau tidak akan popular.
Ringkasnya tetapi penuh persoalan
1.Kenapa kenyataan mengenai kematian Kugen bercanggah?
2.Kenapa pihak hospital membuat kenyataan sebegitu.
3.Kenapa Ghani 4 Tahil membuat kenyataan yang kontras dengan kenyataan itu?
Peguam negara biasanya akan membuat kenyataan berasaskan siasatan polis juga.
Kematian Kugen telah menjadi isu yang mencabar kewibawaan tiga pihak; polis, peguam negara dan Murugiah (orang politik). Sekiranya Ghani Petail dan Murugiah betul, polis iaitu Musa Hassan kena ambil 'tanggung malu' dengan letak jawatan. Kalau Musa Hassan betul maka Ghani dan Murugiah kena letak jawatan?

No comments: