Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 6, 2008

Perjuangan Desa Kerayong Indah

Blogger rasa bangga dan terharu dengan perjuangan blogger DesakerayongIndah dan ahli mereka yang istiqamah dalam usaha menyelesaikan projek prumahan terbengkalai di desa mereka.Blog beliau juga sangat menarik dan ilmiah. Yang tersentuh pd saya banyak permasalah seumpama di luar negeri Selangor juga ada di dalamnya.
Walaubagaimanapun dalam masa melakukan usaha yang bersungguh-sungguh itu diharap jangan lupa perkataan SABAR iaitu jangan lupa menjaga kesepakatan dan persefahaman yang kita baru jalin .Memang kita tak sabar, benda yang telah lama tidak dapat diselesaikan alasan kita hanyalah telah memberi kemenangan kepada mereka lebih-lebih lagi layanan kita seolah-olah tidak dipedulikan.Kami disini juga yang terlibat berkenaan bumbung rosak dah berlanjutan 7 tahunpun diminta sabar selama 3 bulan lagi untuk diselesaikan. KIta harus positif menerimanya, apalah 3 bulan berbanding BN terlepas pandang dan 7 tahun di mana pemerintahan mereka dah lebih 60 tahun.

Wednesday, November 5, 2008

HATI-HATI & UJI MASA ISI MINYAK KENDERAAN

PETUA NAK PASTIKAN NILAI BELI MINYAK SAMA DENGAN wang yang kita bayar bawa 1 botol kosong mineral 1 liter semasa nak isi minyak kenderaan . Beli 1 liter minyak dan isikan ,jika tak cukup 1 liter maka stesyen minyak itu cuba menipu.

Berhati-Hati Dengan Taktik Penipuan Harga Oleh Pengusaha Pam Minyak !!
Walaupun mendapat subsidi, harga minyak di Malaysia tetap naik seiring dengan kenaikan harga minyak dunia. Bagaimanapun pada 5 Jun 2008, kerajaan menaikkan harga minyak dan diesel secara mendadak, dengan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter (kenaikan 40%) manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia. Diskaun 30 sen dari harga pasaran diberikan kepada setiap pengguna minyak rakyat Malaysia. Atas desakan Pakatan Rakyat, terutamanya selepas "Debat Isu Minyak" antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek maka akhirnya kerajaan terpaksa akur. Maka itu kononnya sejajar dengan penurunan harga minyak dunia, kerajaan pada 22 Ogos 2008 telah mengumumkan penurunan harga runcit minyak. Pengumuman ini menyaksikan harga petrol dan diesel diturunkan di antara lapan dan 22 sen mulai 23 Ogos 2008. Manakal pada 24 September 2008 pula, kerajaan mengumumkan penurunan 10 sen harga petrol dan diesel. Berikutan harga minyak dunia yang terus menurun, bermula 15 Oktober, harga minyak diturunkan lagi antara 10 dan 20 sen. Seterusnya pada 1 November yang baru lalu, harga petrol dan diesel terus diturunkan sebanyak 15 sen menjadikan harga minyak petrol terkini di pasaran bagi RON97 ialah RM2.15.

Khabarnya pihak pemilik stesyen sukar untuk menerima penurunan yang mendadak, sedangkan dalam masa beberapa bulan yang lalu kenaikannya diparas yang amat menguntungkan mereka. Susulan daripada itu mereka cuba "mencuri" minyak dengan mengubahsuai "nozel" yang digunakan untuk mengisi minyak. Hasilnya minyak berubah diantara lain-lain stesyen minyak. Perkara ini telah didedahkan oleh Puan Nancy Khong, Bekas Calon PKR DUN Semambu dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa terdapat banyak penipuan dilaporkan melibatkan stesyen minyak. "Pemilik dipercayai tertekan akibat kenaikan harga minyak, maka mereka cuba untuk mencuri wang pengguna. Apa yang dilakukan ialah mereka mengubah "modifite" nozel minyak. Akibatnya, bila kita mengisi minyak senantiasa berubah-ubah antara stesyen. Harga minyak terbaru RM2.15 seliter hanya terdapat pada meter sahaja. Sebaliknya perkara ini telah diubah oleh mereka. Maknanya jika kita mengisi minyak dalam RM20 sepatutnya minyak ialah 9.302 liter. begitu juga sebaliknya" katanya.

Menurut beliau lagi "Pengguna tidak perasan perkara ini sebab mereka membayar minyak terlebih dahulu di kaunter. Inilah padahnya perkhidmatan self-service yang diamalkan di stesyen minyak. Penipuan boleh berlaku bila-bila kerena pengguna tidak menyedarinya. Bayangkan berapa banyak lebihan untung yang diperolehi oleh pengusaha stesyen minyak setiap hari dengan taktik ini. Justeru itu kami mahu pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Sampai bila kita harus ditipu". Beliau juga menegaskan bahawa pengguna boleh mengenalpasti penipuan ini dengan membawa botol mineral water 1.o liter ketika mahu mengisi minyak. Mereka boleh isikan dulu minyak dalam botol terbabit dan cuba lihat jumlah RM2.15 apakah ia bersamaan dengan 1.0 liter. Jika sama baru teruskan isian berikutnya, tetapi Jika sebaliknya maka boleh mengadu kepada pihak pberkenaan. Maknanya jika ia tidak cukup, terbukti mereka telah menipu pengguna. Akhirnya pengguna yang terpedaya dengan taktik kotor pengusaha pam minyak.

Turunkan Kadar Potongan KWSP Pekerja dan Majikan????

Nov 5, 2008
Caruman EPF turun, siapa untung?
Ada Mamat From Pekan dah warwarkan nak turunkan caruman KWSP untuk rakyat dan Syarikat. Tujuan nak bagi rakyat lebih berbelanja kunun.


Sebelum ini caruman KWSP adalah 12% oleh syarikat dan pekerja 11%
Di turunkan kepada 11% syarikat dan 8% pekerja.
Kalau di lihat dari segi keuntungan kepada kakitangan, 3% untung berbelanja bersamaan dengan 3% rugi simpanan.
Manakala pada majikan 1% untung majikan sebab tak payah carum untuk kita.

Barapa banyak sangat boleh di belanjakan, kalau kakitangan di potong jumlah carumannya. Dan jumlah tersebut kalau di simpan di dalam KWSP, ianya akan bertambah pada setiap bulan dan kalau termasuk faedah, keuntungan akan berlipat kali ganda.

Mudah saja nak faham. Kalau gaji kita RM1,000, jumlah tidak potong untuk KWSP adalah cuma RM30.00 sebulan. Jumlah ni nak bayar apa? Gula? Teh? petrol atau bayar roadtax?

Rakyat perlu faham ... dengan pengurangan 1% dan 3% itu, majikan akan untung 1%, manakala peniaga yang menerima wang yang kita belanjakan itu untung sebanyak 3%. Sebulan lebih RM30.00 sekarang ni, cuma buat taik gigi saja.

Dari segi simpanan kakitangan, kita dah rugi [ 3% + 1% ] 4% setiap bulan. Dan KWSP pun tak payah bayar faedah lebih lebih.

Dalam tempoh 20 tahun bekerja, kita darabkan 4% x 12 x 20 tahun dan kalau di campurkan faedah, berapa jumlah kerugian anda semuanya?

Najib Menteri Kewangan Ubahsuai 2008

BERITA FITNAH KE??? NAJIB MENGUBAH BELANJAWAN 2009
Menteri Mataduitan Ubah Belanjawan Negara
KUALA LUMPUR, Oct 4 – Menteri Mataduitan Najib Razak telah mengubah belanjawan 2009 petang ini. Najib membentangkan perubahan ini di parlimen.

Pertumbuhan ekonomi dijangkakan turun dari 5.4 peratus ke 3.5 peratus.

Hutang belanja negara juga akan naik mendadak dari 3.6 peratus ke 5.4 peratus.

Pendapatan negara jatuh dari RM176.22 bilion ke RM 168.73 bilion.

Sebelum 2008 adakah PKNS benar-benar tolong Orang Melayu?

Sila klik Tajuk untuk Butiran lanjut . Saya tertarik pada tulisan dari Malaysiawave.com di mana terdapat 3 perkara penting , pertama penjelasan benarkan PKNS membantu orang Melayu selama ini.Walaubagaimana pun ini hanya segelintir fakta sahaja.Kedua ,kenapa MB Selangor melantik Madam Low dan ketiga penjelasan kenapa pendirian PAS Selangor tidak setuju dengan perlantikan Madam Low

Tuesday, November 4, 2008

Terlampau Bagi Muka Pada Orang UMNO

Rujuk Akhbar Sinar kununnya alternatif, 3 November 2008 lihat komen Pengerusi penduduk Flat Cempaka. Beliau melahirkan kecewa dengan kenyataan MB yang tidak menyakinkankan. Beliau mengharapkan MB bertindak terus membaiki masalah bumbung blok yang lain di kawasannya seperti BN buat dulu yang mana kosnya RM35,000 satu blok.
Komen saya , beliau (Pengerusi Flat Cempaka dan sewaktu dengannya tak boleh sabar 3 bulan ke? Walhal kes tu dan berlanjutan lebih 7 tahun.Itupun nak PRU12 baru nak buat sikit ,Dengar cerita yang boleh dipercayai,bajet bumbung di flat-flat Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung telah dibuat pada tahun 2004 lagi.Kerajaan PR baru 7 bulan memerintah berbanding Kerajaan BN lebih 6o tahun.Tak sabar-sabar.

Monday, November 3, 2008

Kenapa Org Ameno Berebut Jawatan Menjelang Perhimpunan UMNO Mac 2009

Kenapa? dan Kenapa? , Y? Y? orang putih kata . Mengapa mereka atau juak-juak Ameno berebut atau bertanding mendapatkan jawatan Ketua Bhg, Ketua Pemuda Ameno Malaysia , Pengerusi , Presiden waima paling lekeh ketua cawangan , ketua pemuda , wanita dan sebagainya.Sebab perjuangan utk Melayu ? Pembohong... buktinya mereka sanggup bergaduh antara satu sama lain , Melayu dengan Melayu juga. Ada yang sanggup guna kuasa menyanggah hak lawan dengan menuduh mereka(org melayu juga serta ahli ameno juga) salahguna wang dan sebagainya. Pada kita atau saya , yang penting sekarang , kita ahli PR dan penyokong PR dan yang baru sedar harus mempercepatkan persedian fizikal dan mental untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia sebelum kering hasil-mahsul tanah, hutan ,tabung-tabung dan saham negara di belasah mereka.