Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 5, 2008

Turunkan Kadar Potongan KWSP Pekerja dan Majikan????

Nov 5, 2008
Caruman EPF turun, siapa untung?
Ada Mamat From Pekan dah warwarkan nak turunkan caruman KWSP untuk rakyat dan Syarikat. Tujuan nak bagi rakyat lebih berbelanja kunun.


Sebelum ini caruman KWSP adalah 12% oleh syarikat dan pekerja 11%
Di turunkan kepada 11% syarikat dan 8% pekerja.
Kalau di lihat dari segi keuntungan kepada kakitangan, 3% untung berbelanja bersamaan dengan 3% rugi simpanan.
Manakala pada majikan 1% untung majikan sebab tak payah carum untuk kita.

Barapa banyak sangat boleh di belanjakan, kalau kakitangan di potong jumlah carumannya. Dan jumlah tersebut kalau di simpan di dalam KWSP, ianya akan bertambah pada setiap bulan dan kalau termasuk faedah, keuntungan akan berlipat kali ganda.

Mudah saja nak faham. Kalau gaji kita RM1,000, jumlah tidak potong untuk KWSP adalah cuma RM30.00 sebulan. Jumlah ni nak bayar apa? Gula? Teh? petrol atau bayar roadtax?

Rakyat perlu faham ... dengan pengurangan 1% dan 3% itu, majikan akan untung 1%, manakala peniaga yang menerima wang yang kita belanjakan itu untung sebanyak 3%. Sebulan lebih RM30.00 sekarang ni, cuma buat taik gigi saja.

Dari segi simpanan kakitangan, kita dah rugi [ 3% + 1% ] 4% setiap bulan. Dan KWSP pun tak payah bayar faedah lebih lebih.

Dalam tempoh 20 tahun bekerja, kita darabkan 4% x 12 x 20 tahun dan kalau di campurkan faedah, berapa jumlah kerugian anda semuanya?

No comments: