Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 5, 2008

Turunkan Kadar Potongan KWSP Pekerja dan Majikan????

Nov 5, 2008
Caruman EPF turun, siapa untung?
Ada Mamat From Pekan dah warwarkan nak turunkan caruman KWSP untuk rakyat dan Syarikat. Tujuan nak bagi rakyat lebih berbelanja kunun.


Sebelum ini caruman KWSP adalah 12% oleh syarikat dan pekerja 11%
Di turunkan kepada 11% syarikat dan 8% pekerja.
Kalau di lihat dari segi keuntungan kepada kakitangan, 3% untung berbelanja bersamaan dengan 3% rugi simpanan.
Manakala pada majikan 1% untung majikan sebab tak payah carum untuk kita.

Barapa banyak sangat boleh di belanjakan, kalau kakitangan di potong jumlah carumannya. Dan jumlah tersebut kalau di simpan di dalam KWSP, ianya akan bertambah pada setiap bulan dan kalau termasuk faedah, keuntungan akan berlipat kali ganda.

Mudah saja nak faham. Kalau gaji kita RM1,000, jumlah tidak potong untuk KWSP adalah cuma RM30.00 sebulan. Jumlah ni nak bayar apa? Gula? Teh? petrol atau bayar roadtax?

Rakyat perlu faham ... dengan pengurangan 1% dan 3% itu, majikan akan untung 1%, manakala peniaga yang menerima wang yang kita belanjakan itu untung sebanyak 3%. Sebulan lebih RM30.00 sekarang ni, cuma buat taik gigi saja.

Dari segi simpanan kakitangan, kita dah rugi [ 3% + 1% ] 4% setiap bulan. Dan KWSP pun tak payah bayar faedah lebih lebih.

Dalam tempoh 20 tahun bekerja, kita darabkan 4% x 12 x 20 tahun dan kalau di campurkan faedah, berapa jumlah kerugian anda semuanya?

Najib Menteri Kewangan Ubahsuai 2008

BERITA FITNAH KE??? NAJIB MENGUBAH BELANJAWAN 2009
Menteri Mataduitan Ubah Belanjawan Negara
KUALA LUMPUR, Oct 4 – Menteri Mataduitan Najib Razak telah mengubah belanjawan 2009 petang ini. Najib membentangkan perubahan ini di parlimen.

Pertumbuhan ekonomi dijangkakan turun dari 5.4 peratus ke 3.5 peratus.

Hutang belanja negara juga akan naik mendadak dari 3.6 peratus ke 5.4 peratus.

Pendapatan negara jatuh dari RM176.22 bilion ke RM 168.73 bilion.

Sebelum 2008 adakah PKNS benar-benar tolong Orang Melayu?

Sila klik Tajuk untuk Butiran lanjut . Saya tertarik pada tulisan dari Malaysiawave.com di mana terdapat 3 perkara penting , pertama penjelasan benarkan PKNS membantu orang Melayu selama ini.Walaubagaimana pun ini hanya segelintir fakta sahaja.Kedua ,kenapa MB Selangor melantik Madam Low dan ketiga penjelasan kenapa pendirian PAS Selangor tidak setuju dengan perlantikan Madam Low

Tuesday, November 4, 2008

Terlampau Bagi Muka Pada Orang UMNO

Rujuk Akhbar Sinar kununnya alternatif, 3 November 2008 lihat komen Pengerusi penduduk Flat Cempaka. Beliau melahirkan kecewa dengan kenyataan MB yang tidak menyakinkankan. Beliau mengharapkan MB bertindak terus membaiki masalah bumbung blok yang lain di kawasannya seperti BN buat dulu yang mana kosnya RM35,000 satu blok.
Komen saya , beliau (Pengerusi Flat Cempaka dan sewaktu dengannya tak boleh sabar 3 bulan ke? Walhal kes tu dan berlanjutan lebih 7 tahun.Itupun nak PRU12 baru nak buat sikit ,Dengar cerita yang boleh dipercayai,bajet bumbung di flat-flat Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung telah dibuat pada tahun 2004 lagi.Kerajaan PR baru 7 bulan memerintah berbanding Kerajaan BN lebih 6o tahun.Tak sabar-sabar.

Monday, November 3, 2008

Kenapa Org Ameno Berebut Jawatan Menjelang Perhimpunan UMNO Mac 2009

Kenapa? dan Kenapa? , Y? Y? orang putih kata . Mengapa mereka atau juak-juak Ameno berebut atau bertanding mendapatkan jawatan Ketua Bhg, Ketua Pemuda Ameno Malaysia , Pengerusi , Presiden waima paling lekeh ketua cawangan , ketua pemuda , wanita dan sebagainya.Sebab perjuangan utk Melayu ? Pembohong... buktinya mereka sanggup bergaduh antara satu sama lain , Melayu dengan Melayu juga. Ada yang sanggup guna kuasa menyanggah hak lawan dengan menuduh mereka(org melayu juga serta ahli ameno juga) salahguna wang dan sebagainya. Pada kita atau saya , yang penting sekarang , kita ahli PR dan penyokong PR dan yang baru sedar harus mempercepatkan persedian fizikal dan mental untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia sebelum kering hasil-mahsul tanah, hutan ,tabung-tabung dan saham negara di belasah mereka.

Sunday, November 2, 2008

Tan Sri Khalid MB Selangor akan melakukan.

Tanpa memanjangkan dengan menunding kesalahan kerajaan Be End yang lepas MB Selangor akan melakukan kerja menyelesaikan masalah yang tertunggak berkaitan kerosakan bumbung flat di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.Beliau berucap di dalam flat Cempaka selepas menunaikan solat Asar berjemaah yang dimamkan oleh Ustaz Wan Shamsudin merangkap Penyelaras Masjid dan Ketua PAS Zon Bukit Beruntung.Beliau mengambil langkah satu setengah bulan untuk kajian teliti masalah tersebuta dan 2 bulan untuk melaksanakannya.Turt hadir YB Exco Perumahan Iskandar, ahli-ahli majlis Hj. Wahid (YDP PAS Hulu Selangor),Cikgu Nash (Ketua Bhg DUN Batangkali, Yusof (FOMCA) dan Hj. Abd Syukur (Hulu Bernam) serta YDP Majlis Hulu Selangor dan pimpinan PAS Cawangan dan ahli=ahli PAS Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.

MB Selangor Turun Padang Tengok Bumbung Flat Cempaka Bukit Sentosa

Jemputan semua penduduk Bukit Sentosa menyambut kedatangan MB Negeri Selangor yang akan berkunjung melawat Flat Cempaka Bukit Sentosa pad 2 November 2008 , jam 3 ptg.
Mudahan ada berita baik untuk semua penduduk khususnya di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.