Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner
Showing posts with label ihsan Kedahlanie. Show all posts
Showing posts with label ihsan Kedahlanie. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

TRAGEDI BURUK TIMPA 1BATANG HIDUNG MENTERI PERUMAHAN BN

MENTERI BARISAN NASIONAL SALAHKAN PROJEK LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR PUNCA BANJIR TERBURUK LANDA KEDAH/PERLIS.

PROJEK landasan berkembar yang menjadi antara projek kesayangan bekas Perdana Menteri yang seorang itu, akhirnya disahkan sebagai punca banjir terburuk melanda Kedah dan Perlis sejak minggu lalu.
Dan paling mengejutkan dakwaan itu bukan datangnya daripada parti pembangkang, tetapi daripada menteri kabinet sendiri, Datuk Chor Chee Heung!
Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata projek landasan keretapi berkembar itu diakui menjadi punca banjir buruk kali ini, terutama kerana pelaksanaannya tidak diseiringkan dengan pelan kecemasan jika bencana seperti banjir berlaku.
Beliau mendedahkan bahawa kepincangan yang dicetuskan oleh projek mega itu, telah menyebabkan air menenggelami sebahagian besar kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini. Dan termasuk dalam kawasan dimaksudkan beliau ialah taman di mana beliau tinggal kini!
"Saya telah tinggal di taman ini sejak 1985 dan tidak pernah air naik sehingga ke dalam rumah. Sekarang air naik empat kaki dalam rumah saya dan kawasan berdekatan," katanya.
Dakwaan Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar memang ada rasionalnya kerana beliau memahami kawasan terbabit dan rumahnya pula dinaiki air.
Turut didedahkan Chee Heung ialah kegagalan pihak berkenaan menyediakan pelan kecemasan sehingga air banjir tersekat oleh landasan berkembar yang dibina. Aliran air itu kemudian melanda kawasan lain yang tidak sepatutnya banjir.
Beliau yang kecewa dengan keadaan banjir paling buruk berlaku itu bagaimanapun berkata telah memaklumkan masalah yang ditimbulkan oleh projek landasan keretapi berkembar kepada Menteri Pengangkutan, datuk Seri Kong Cho Ha.

Tuesday, December 22, 2009

2 SAKSI MEMALI BERTEMU DI LOBI PARLIMEN

Bekas polis: Pemimpin PAS selamatkan saya di Memali

Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota PAS yang menyelamatkannya daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.
Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong PAS tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:
"Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai."
Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di lobi Parlimen.
"Muhamad Yusof-lah orang yang memainkan peranan sehingga dapat meredakan kemarahan penyokong PAS sehingga saya terselamat," kata Tunku Muzafar kepada pemberita selepas pertemuan yang diaturkan oleh abangnya Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Tunku Muzafar datang dari Kedah semata-mata untuk menemui Muhamad Yusof kerana berasa terhutang budi kepadanya kerana dapat mententeramkan keadaan yang amat getir ketika itu.
Muhamad Yusof, 55, yang ketika itu seorang anggota jawatankuasa PAS Baling, berkata beliau menahan penyokong PAS daripada menyerang Tunku Muzafar kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua tanpa mengira fahaman politik mereka.
"Ketika kejadian, saya masih muda iaitu 31 tahun, tetapi ia tidak menghalang saya daripada berfikir secara rasional untuk menghargai nyawa orang lain," kata Muhamad Yusof, kini setiausaha perhubungan PAS Kedah.
Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu, seramai 18 orang terbunuh dan ramai lagi tercedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Wednesday, November 4, 2009

PENINGKATAN 205% SUBHANALLAH ! PAHANG PULA BAGAIMANA ?

PENINGKATAN HASIL HUTAN 205%! : TAHNIAH USTAZ AZIZAN DAN PEGAWAI
Saya meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 bagi negeri Kedah Darulaman. Laporan audit bagi tahun pertama pemerintahan Ustaz Azizan amat penting sebagai pembakar semangat kepada tahun-tahun seterusnya. Laporan Ketua Audit Negara mengiktiraf dasar jimat cermat Kerajaan Ustaz Azizan.
Laporan Ketua Audit Negara adalah satu mekanisma kerajaan untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan kerajaan negeri menggambarkan kedudukan yang benar atau saksama ataua sebaliknya. Ia juga memberikan pendapat terhadap rekod perakaunan mengenainya diselenggarakan mengikut peraturan atau tidak. Yang lebih penting ialah ia adalah cara kerajaan untuk mengawal dan mengenalpasti ketirisan atau rasuah yang berlaku. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam pengurusan harta rakyat dalam laporan bagi kementerian yang dikesan pada tahun 2008.
Fokus saya ialah Kedah. Secara umum kedudukan kewangan Kedah memuaskan. Namun perlu diingat ustaz Azizan dan pegawainya mewarisi legasi hutang zaman sebelumnya berjumlah 2 Billion!! Ia juga terpaksa mendepani dan memikul beban kesilapan kerajaan BN sebelum ini. Inilah yang dikatakan sumber yang kita gunakan pada hari ini merupakan pinjaman kita dari generasi akan datang. Perlu dicatatkan bahawa hasil kerajaan negeri didapati daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.
PENGURUSAN HUTAN ketika saya menjejak kaki semula ke Padang Terap selepas berkelana menuntut ilmu selama 20 tahun, saya dapati padang Terap berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Bukit-bukaunya botak, ditarah segala balak. Berlaku ketidakseimbangan ekosistem, berlaku banjir yang jarang berlaku, air sungai amat keruh yang satu ketika dulu adalah tempat saya berkelah dan mencari ikan. Bukit yang dulunya tempat saya dan keluarga mencari buah berangan, petai dan menahan ciding sudah berubah wajah.
Pemimpin terdahulu meluluskan balak tanpa kawalan. Balak ditebang sehingga hampir ke gigi empangan Muda Pedu yang membekalkan air ke seluruh Kedah. Yang paling malang ialah balak didiluluskan ditempat lain, tempat lain pula yang ditebang. Sehektar balak milik rakyat yang untungnya mungkin mencecah puluhan ribu, hanya RM1000 sahaja premiumnya kembali kepada kerajaan.
Ustaz Azizan amat memahami permainan ‘politik balak’ ini. Duit yang sepatutnya sampai kepada rakyat ‘hilang’ atau tiris di tengah jalan. Ustaz Azizan dengan penuh keberanian mengubah senario ini. Beliau membuka tender balak. Tender terbuka melonjakkan pendapatan kerajaan negeri. Paling menarik ialah peningkatan hasil hutan ini meningkat 205.5% berbanding sebelumnya.
Pendapatan negeri bagi 2007 hanyalah berjumlah RM9.21 juta melonjak menjadi RM28.14 juta. Bagi sebuah negeri seperti Kedah, ia adalah satu jumlah yang amat besar yang boleh digunakan bagi manfaat rakyat Kedah. Saya percaya pengurusan hutan yang baik, bermula dengan polisi yang penuh rasa kebertanggungjawaban kepada Allah serta disambut dengan rasa amanah oleh para pegawai yang berdedikasi pasti akan mengundang rahmat Allah.
Apapun ia adalah permulaan cemerlang bagi Ustaz Azizan. Tahniah. Firman Allah “Dan sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan bukakan kepadanya pintu berkat dari langit dan bumi…” Surah al-A’raf 96
Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS
Negeri KedahAhli Parlimen Padang Terap