Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 4, 2016

APA YANG DS NAJIB BAWA KE KEDAH ESOK ???

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan sesuatu kepada rakyat Kedah dalam lawatan beliau ke negeri itu, esok.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media selepas selepas selesai Majlis Angkat Sumpah di Istana Anak Bukit di sini.

“Dia mai (datang) ke Sungai Petani dan Kulim (Kedah) mungkin rakyat akan dapat sesuatu,” katanya.

Dalam pada itu, Bashah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata percaya Najib dan kerajaan Pusat akan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk membantu rakyat di Kedah.

Katanya, sokongan UMNO masih kuat dan beliau percaya rakyat akan sedar dengan perubahan yang ingin dibawa di Kedah.

“Mungkin ada anggapan (sokongan kepada UMNO semakin terhakis). Namun kita yakin rakyat sokong, rakyat dah tahu episod 14 hari ini. Di penghujung rakyat akan sedar.

“InshaAllah selepas PRU13 Najib pernah janji bantu di Kedah. Dia (Najib) beri jaminan akan bantu Kedah.

“Saya yakin persahabatan lama saya kenal Perdana Menteri, saya yakin akan bantu Kedah,” jelasnya.

Pagi tadi, Bashah, 66, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12, di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

No comments: