Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 18, 2016

INI SEMUA TEKTIK LAMA !

SEBELUM INI KITA BIASA DENGAR BAJET RANSANGAN ATAU BAJET TAMBAHAN DAN KINI LAGI AWAL DAH RASA TAK CUKUP DAN DINAMAKAN BAJET UBAHSUAI PULA!
SEWAJARNYA JIKA DI KATAKAN SEBAB WANG RINGGIT KITA JATUH DAN MASIH TIDAK MENENTU KENAPA TAK TUNGGU SETABIL DULU? KALAU KITA TERKESAN DENGAN HARGA PETROL TURUN ? TIDAKKAH KUALITI PETROL KITA TINGGI DAN TENTU MASIH TAK TERJEJAS DARI SEGI HARGA CUMA TIDAK UNTUNG BANYAK JER.
GST KUNUNNYA PENYELAMAT EKONOMI KATA DS NAJIB ,NAMUN TAMPAK KANTOI ALASAN TERSEBUT HANYAK MENUNJUKKAN DAN MEMBERI KESAN MENYUSAHKAN RAKYAT.


Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan membuat pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 pada 28 Januari ini yang secara mudahnya adalah disebabkan negara tidak cukup wang untuk melaksakan projek dan program yang sudah dirancang.

Penyumbang utama ketidakcukupan wang negara adalah kerana kejatuhan harga minyak dunia yang begitu mendadak, selain turut disebabkan nilai ringgit yang rendah serta ekonomi dunia yang lemah.

Ketika Bajet 2016 dilaksanakan, harga minyak mentah dunia ialah sekitar US$48 satu tong , tetapi penurunan terus berlaku sehingga kepada US$31 satu tong ketika ini.

Pakar-pakar ekonomi juga menjangkakan harga minyak mentah dunia akan terus turun lagi.

Walaupun Najib pernah menyebut bahawa cukai GST yang dilaksanakan adalah penyelamat ekonomi negara berdasarkan kutipannya sebanyak lebih RM30 bilion sehingga Disember 2015, namun penurunan berterusan harga minyak menyebabkan banyak perancangan bajet bakal tergendala.

Soalnya, apakah pengubahsuaian, penyelarasan dan penjimatan Bajet 2016 yang akan diumumkan Najib pada 28 Januari nanti?

MEMANG RAMAI SETUJU SEBELUM DS NAJIB MELAKUKAN UBAHSUAI ATAU PENJIMATAN BAJET 2016 ELOK BENAR 9 ORANG PENASIHAT ATAU PUNAHSIHAT SERTA DUTA KHAS YANG DIBERI TARAF MENTERI DAN ELAUN BESAR DITAMATKAN DULU.