Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 26, 2015

PENANGGUHAN 18 BULAN JADI KEKUATAN KEPADA TPM BARU!

GARA-GARA TEKTIK PENGERUSI UMNO MALAYSIA DS NAJIB MENANGGUHKAN PERHIMPUNAN AGUNG PEMILIHAN SELAMA 18 BULAN MAKA TPM BARU DS ZAHID HAMIDI BERTAMBAH BERANI memperkecilkan 13 cawangan yang berani menegur PM.TPM DS ZAHID HAMIDI TAHU BELIAU HANYA NAIB PRESIDEN SAHAJA BUKAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO SEPERTI TS MUHYIDDIN YASSIN.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap gesaan 13 ketua cawangan Umno supaya Presiden Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan bukan satu perkara besar kerana mereka hanya sebilangan kecil daripada 20,000 pemimpin parti itu di seluruh negara.

"Hanya 13 daripada 20,000 (pemimpin cawangan)" kata naib presiden Umno itu, dalam nada sinis, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mengetepikan desakan kumpulan itu, Zahid berkata, beliau masih belum melihat memorandum yang dikatakan dikemukakan 13 pemimpin cawangan terbabit kepada parti.

"Apabila kita lakukannya nanti, kita akan melihatnya secara terperinci," kata timbalan perdana menteri itu selepas merasmikan sambutan Hari Pengguna Negara.

Semalam, 13 ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Di bawah pimpinan ketua Umno cawangan Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada Najib yang juga perdana menteri.

"Kami berpendapat, adalah lebih baik presiden berundur untuk membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datang," katanya.

Kamarul juga berkata, kumpulan 13 itu tidak takut sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap mereka kerana mereka di peringkat akar umbi yang meletakkan kepimpinan parti di kedudukan mereka sekarang.

13 cawangan Umno itu ialah Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Dato' Abdul Samad, Sua Betong, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pachitan, Bunga Raya dan Taman Poli

No comments: