Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 8, 2015

BILA RAJA-RAJA MELAYU DAH BERKATA !

Kenyataan Majlis Raja-raja berkaitan 1MDB menunjukkan bahawa sultan-sultan tidak yakin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganalisis.

John Pang, felo kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura, membuat tafsiran itu memandangkan raja-raja Melayu tidak pernah merujuk secara khusus isu-isu kerajaan dalam kenyataan mereka.

Najib juga telah hilang keyakinan sektor masyarakat yang lain, kata Pang, seperti dilaporkan The New York Times.

Sementara itu, Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Redzuan Othman pula berkongsi pandangan sama susulan kenyataan raja-raja yang tidak pernah berlaku itu.

“Isu ini (1MDB) amat serius, jika tidak sultan-sultan tidak akan campur tangan.

“Biasanya sultan-sultan hanya ulas isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu dan tidak campur isu berkaitan pentadbiran,” kata Redzuan kepada Malaysiakini.

Raja-raja Melayu kelmarin mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan”.

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang dihantui dakwaan skandal 1MDB, syarikat pelaburan negara yang kini menanggung hutang besar.

No comments: