Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, September 7, 2015

SURAT TERBUKA AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU?

Saya merujuk kepada tuntutan pesuruhjaya PAS Terengganu agar saya meletak jawatan ahli parlimen Kuala Terengganu.
Sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada bulan Mei 2013 PAS, PKR dan DAP bersetuju memohon mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti gagasan pembangkang yang akan bertanding di bawah satu lambang, iaitu Pakatan Rakyat.
Permohonan tersebut telah ditolak oleh ROS.
Bagaimanapun, PAS, PKR dan DAP masih bertanding di bawah konsep “Pakatan Rakyat” walaupun terpaksa menggunakan lambang masing-masing (untuk mengelak pertandingan tiga penjuru dengan BN).
Perkara pokok dan hakikat sebenarnya di sini adalah kesemua parti bersetuju bertanding dalam satu pasukan – Pakatan Rakyat, di mana pemilihan oleh rakyat adalah atas dasar muafakat satu pasukan.
Selepas PRU 13, PAS mulai bertindak seperti berikut:
(i) Meninggalkan konsep “PAS untuk semua” (PAS for All) dengan menjauhi diri dari golongan bukan Islam, bukan Melayu dan juga DAP serta PKR. Selepas muktamar bulan Jun 2015 PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi. Ini perubahan besar konsep asal sebelum PRU 13.
(ii) Keputusan bersama secara konsensus bersama PKR dan DAP tidak lagi dilaksanakan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat.
(iii) Pada Muktamar Jun 2015, kesemua golongan profesional disingkir dari Jawatankuasa PAS Pusat dan ini memusnahkan konsep kerjasama asal profesional dan ulama, satu lagi perubahan besar.
(iv) Berikutan itu, DAP dan PKR telah bersetuju mengumumkan pada bulan Ogos 2015 Pakatan Rakyat telah tiada lagi dan tidak lagi wujud.
Pada hemah saya, segala konsep perjuangan asal yang dipersetujui sebelum PRU13 secara berpasukan telah tidak lagi diamalkan oleh PAS.
Perkara ini amat lebih ketara selepas kematian almarhum Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari 2015.
Setelah memerhatikan bahawa PAS mengubah konsep perjuangannya, saya berhijrah kepada gabungan parti Harapan Baru-Parti Pekerja Malaysia.
Saya mahu meneruskan perjuangan melalui sebuah parti Islam mengikut amanat almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas mursyidul am PAS.
Dalam Surah Al-Maidah Ayat 89 ada menyebut tentang Yamin atau Aiman yang diberi ruang untuk menebus Sumpah Baiah jika berlaku perlanggaran. Hukumnya ialah :
i) Memerdekakan seorang hamba
ii) Berikan makan kepada sepuluh orang miskin dari apa yang kita makan
iii) Berpuasa tiga hari.
Saya memilih yang kedua, memberi makan sepuluh orang miskin untuk menebus sumpah seperti disebut dalam Ayat 89 Surah Al-Maidah.
Ini juga selari dengan sabda Rasulullah:
"Barangsiapa yang berjanji bersumpah sesuatu lalu melihat ada yang lebih baik dari janjinya yang diangkat maka datanglah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar denda kaffarah."
Berkenaan desakan untuk saya meletak jawatan sebagai ahli parlimen, sebenarnya syarat tersebut tidak diperuntukkan dalam dalam mana-mana undang-undang.
Saya mohon pesuruhjaya PAS Terengganu terlebih dahulu menyiasat perkara di bawah kerana kesemua ahli parlimen, yang bersidang hanya tiga kali setahun, dibayar gaji serta elaun untuk berkhidmat untuk rakyat.
Saya menuntut pesuruhjaya PAS Terengganu membentang rekod rasmi aktiviti ahli parlimen PAS dari Terengganu, termasuk juga saya, seperti di bawah:
(i) Kehadiran harian termasuk beberapa jam sehari setiap sesi oleh ahli parlimen Terengganu sejak PRU13 dari rekod kedatangan rasmi Parlimen sendiri.
(ii) Kekerapan bilangan ucapan serta isu yang dibawa oleh ahli parlimen PAS Terengganu dalam Dewan.
(iii) Apakah prestasi sidang akhbar isu Rakyat setiap ahli parlimen Terengganu melalui kemudahan yang disediakan di Parlimen untuk mereka keluaran akhbar dan media alternatif – sosial.
(iv) Adakah ahli parlimen Terengganu terlibat dalam aktiviti melibatkan imbuhan berbayar lain semasa waktu sesi parlimen sedang berjalan dari jam 10 pagi hingga tamat sesi malam memandangkan mereka dibayar gaji khidmat Parlimen.
(v) Rekod kehadiran ahli parlimen Terengganu di Mesyuarat Pengurusan Mingguan Ahli Parlimen PAS di Pejabat Pembangkang Tingkat 14 Parlimen yang dipanggil oleh Ketua “whip” PAS Dato’ Mahfuz Omar.
Setelah pesuruhjaya membentang prestasi dan kehadiran setiap Ahli Parlimen Terengganu barulah beliau dan rakyat – pengundi boleh membuat penilaian siapakah sebenarnya yang patut meletak jawatan sebagai ahli parlimen.
Saya mohon fakta ini diperjelaskan dahulu 14 hari dari sekarang. Biarlah hukuman yang hendak di jatuhkan berasas pada fakta di atas.
Saya juga mohon pesuruhjaya menjelaskan kenapa tiada ahli parlimen dari Terengganu yang berlatar belakang agama mengambil bahagian berucap pada 18 Jun 2015 hari akhir sesi parlimen.
Pada waktu itu, Datuk Mahfuz Omar menimbulkan kegagalan kerajaan dan parlimen sekali lagi membentang Akta Pindaan Enakmen Syariah Kelantan 355 Hudud di Parlimen.
Kenapa mereka yang sepatutnya lebih arif dalam isu ini memilih berdiam diri di parlimen dalam isu yang selama ini digegarkan di kawasan masing-masing.
Saya memberi 14 hari dari tarikh ini untuk pesuruhjaya PAS Terengganu membentang kepada rakyat rekod ahli parlimen Terengganu. Biarlah rakyat jelata mengetahui fakta sebenar prestasi ahli parlimen mereka sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman. Sesungguhnya Islam menuntut pertimbangan fakta-fakta yang benar untuk proses keadilan sebelum menjatuhkan hukuman.
Kesemua pengundi termasuk ahli biasa PAS berhak mengetahui prestasi sebenar wakil rakyat mereka di Parlimen.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD MP Kuala Terengganu.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau ta sehaluan dasar lebih baik tinggal kan terus PAS. Masuk dap atau pkr take payah buang masa . kerana kedua pati itu memang day ader pengikut. Biar PAS bersindirian yang penting pembakang melawan amnoporono.. Jaganler di ganggu gugat perlimen tu. Sejarah dah berapa kali di menangi pembakang. Setidak2 telah menlamatkan akar umbi PAS. Ini pula pan boleh pula kacau daun. Beristqmah ler take sabar. Kamu meracang ,Allah merancang lebeh bail dari Kami.

Anonymous said...

Kalau ta sehaluan dasar lebih baik tinggal kan terus PAS. Masuk dap atau pkr tak payah buang masa . kerana kedua pati itu memang dah ader pengikut. Biar PAS bersindirian yang penting pembakang melawan amnoporono.. Jaganler di ganggu gugat perlimen tu. Sejarah dah berapa kali di menangi pembakang. Setidak2 telah menlamatkan akar umbi PAS. Ini pula pan boleh pula kacau daun. Beristqmah ler tak sabar. Kamu meracang ,Allah merancang lebeh baik dari Kamu.

Anonymous said...

syabas tuan. sbrg tindakan mestilah berdasarkan fakta.

org yg tak buat kerja yg sepatutnya berhenti. yg ponteng tu sama ler.

dilantik oleh rakyat utk bawa isu2 rakyat ke parlimen, tp bisu dan ponteng. itu kan makan gaji buta. kira haramlah. makan duit rakyat tp tak buat kerja utk rakyat.

sy nak tengok sapa yg paling banyak ponteng dan bisu diparlimen.

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

PAK JUNAIDI said...


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA