Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 9, 2015

ALLAHUAKBAR ! FARHAN CALON GANTI AL-MARHUM TGNA KERUSI DUN CEMPAKA !

Bendahari Pas Pengkalan Chepa, Ahmad Fathan Mahmod, 43, dinamakan calon Pas di Dun Chempaka bagi meneruskan legasi bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengumuman itu dibuat Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 1,000 penyokong di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) semalam.

Terdahulu, Tuan Ibrahim dan beberapa barisan kepimpinan Pas negeri dan Pusat memberi ucapan aluan.

Turut bersama Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam ucapannya, Ahmad berkata, pemilihan Fathan dibuat berdasarkan kajian pusat strategik parti selain sumber sumber yang menunjukkan Fathan calon yang paling layak.

Malah katanya, Fathan memiliki perwatakan yang baik untuk meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan Nik Abdul Aziz.

"Kita yakin ia calon terbaik dan kehendak pengundi bagi meneruskan kerja-kerja Islam dan khidmat kepada masyarakat sekurang kurangnya program yang disusun Tok Guru diteruskan," katanya.

Sebelum ini, aktivis Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya itu.

Ia menjadikan individu kedua mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas di Dun Chempaka selepas Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan, Fadzillah Hussin menyatakan hasrat sama.

Dalam masa yang sama, seorang ahli perniagaan dari Pasir Puteh, Aslah Mamat juga dikatakan mahu bertan­ding sekali gus menjadikan PRK ini berkemungkinan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pas dengan tiga calon Bebas.

BN sebelum ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon dalam PRK ini malah menyatakan tidak terlibat termasuk menaja mana-mana calon Bebas.

PRK Chempaka diadakan berikutan kematian Nik Aziz pada 12 Februari lalu akibat kanser prostat.

Pada PRU13, Nik Aziz menang dengan majoriti 6,500 undi.

Beliau mendapat 12,310 undi, manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd. Razak memperolehi 5,810 undi.
KOTA BAHRU: Bekas Timbalan Pengetua Institut Dakwah Islamiah Perkim (Idip), Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42, mewaliki PAS bagi mempertahankan Dun Chempaka. Calon PAS Dun Chempaka itu diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah di pekarangan Pusat Tarbiyah Kelantan (Putik) malam ini. Hadir sama Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir dan Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan, Datuk Takiyudin Hassan. Farhan yang juga bekas imam Masjid Kampung Baung adalah lulusan Sarjana Syariah di Universiti Malaya akan meneruskan legasi Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau juga adalah Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa menjadi pilihan peringkat akar umbi PAS Dun Chempaka sebelum diperkenankan peringkat PAS Kelantan dan PAS Pusat. Ustaz Fathan mendapat pendidikan menengah di Maahad Muhammadi dan pernah belajar di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang syariah. Biodata calon PAS PRK N.06 Chempaka AHMAD FATHAN BIN MAHMOOD @ MAHAMAD Tarikh Lahir: 4 April 1973 Umur: 42 Tahun Isteri: Azizah Hanim bt Mohd Daud @ Ali Anak: 7 orang Pendidikan: BA Syariah Universiti Al-Azhar Mesir, MA Syariah Universiti Malaya Pekerjaan: - Timbalan Pengetua & Pensyarah IDIP (Institut Dakwah Islamiah Perkim) - Imam Tua Masjid Mukim Baung Besar Jawatan Parti: - Ketua PAS Cawangan Baung - Ketua Urusan Ulamak Dun Chempaka - Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

2 comments:

Anonymous said...

jgn plak lepas ni ada barua2 pegi buat sidang media...ini bkn calon yg diluluskan oleh ajk pusat...sah celaka klu terjadi

PASBS2 said...

inn shaa Allah semua ok.Yang kita harap tiada pertandingan yang akan berlaku. MERUJUK KEPADA pENEGERUSI bn mALAYSIA BAHAWA MEREKA TIDAK AKAN BERTANDING ATAS ALASAN LEBIH UTAMAKAN BANTUAN KEPADA RAKYAT KELANTAN SELEPAS BANJIR BESAR BARU-BARU INI.