PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, beliau tidak
beredar meninggalkan bilik mahkamah bila Datuk Seri Anwar Ibrahim
melancarkan 'serangan' terhadap beliau dan empat hakim lain yang
mengekalkan sabitan sodominya Selasa lepas.
"Pendekatan saya mudah. Bila saya rasa ia tidak adil, saya hanya
beredar. Kami boleh tangguhkan perbicaraan dan itu yang saya lakukan.
Menangguhkan perbicaraan.
"Saya 'bukan cabut'", kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
"Saya tangguhkan perbicaraan untuk menenangkan suasana," kata Arifin,
dan menyatakan beliau tidak mendengar apa yang diperkatakan Anwar pada
hari itu.
Ditanya sama ada beliau ada berasa hati dengan Anwar, Arifin menjawab
beliau tidak menyimpan "perasaan" terhadap sesiapa dan beliau
menjalankan tugasnya
dengan penuh ikhlas.
Tentang sama ada akan diambil prosiding komital terhadap Anwar berikutan
kenyataannya mengenai badan kehakiman semasa mitigasi pada 10 Feb,
Arifin berkata tidak ada komen, dan menegaskan itu hal lain dan beliau
tidak tahu.
Pada 10 Februari lalu, Arifin dan empat hakim lain yang membicarakan
rayuan Anwar terhadap sabitan sodominya beredar meninggalkan bilik
Mahkamah Persekutuan bila pemimpin pembangkang itu menyelar mereka dari
kandang tertuduh, menuduh mereka bersekongkol dengan tuan politik
mereka.
Beberapa minit kemudian, hakim-hakim itu masuk semula ke bilik mahkamah
dan menyampaikan keputusan mereka terhadap rayuan Anwar mengenai
hukumannya, mengekalkan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas
pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Awal hari itu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar terhadap sabitannya.
Dalam ucapannya di majlis mengangkat sumpah jawatan hari ini untuk empat
hakim yang masing-masing dinaikkan kedudukan di Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, Arifin memberi amaran bahawa
tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang mencemar kemuliaan
dan integriti badan kehakiman.
Beliau berkata, badan kehakiman terbuka kepada kritikan tetapi tidak
akan membiarkan tuduhan tidak berasas di media sosial dan forum awam.
Pada 10 Februari, Arifin dan empat hakim lain yang membicarakan rayuan
Anwar terhadap sabitan sodominya beredar meninggalkan bilik Mahkamah
Persekutuan bila pemimpin pembangkang itu menyelar mereka dari kandang
tertuduh, menuduh mereka bersekongkol dengan tuan politik mereka.
Beberapa minit kemudian, hakim-hakim itu masuk semula ke bilik mahkamah
dan menyampaikan keputusan mereka terhadap rayuan Anwar mengenai
hukumannya, mengekalkan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas
pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Awal hari itu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar terhadap sabitannya.
Dalam ucapannya di majlis mengangkat sumpah jawatan hari ini untuk empat
hakim yang masing-masing dinaikkan kedudukan di Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, Arifin memberi amaran bahawa
tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang mencemar kemuliaan
dan integriti badan kehakiman.
Beliau berkata, badan kehakiman terbuka kepada kritikan tetapi tidak
akan membiarkan tuduhan tidak berasas di media sosial dan forum awam.
"Saya tegaskan bahawa mahkamah memandang serius sebarang tingkah laku
yang mencemar kemuliaan dan integriti badan kehakiman dan tidak akan
teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya," kata beliau.
Arifin berkata, kritikan tidak berasas terhadap mahkamah akan melemahkan
perjalanan kehakiman dan menghakis keyakinan awam terhadap institusi
itu.
Beliau berkata, serentak dengan penyebaran teknologi komunikasi,
terdapat ramai dalam masyarakat yang tidak segan silu dan tidak rasa
bersalah melemparkan sindiran tentang segala perkara yang berlaku di
sekeliling mereka.
“Seolah-olah menganggap tindakan mereka dapat diterima bila mereka
membuat kenyataan menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter,
Instagram dan YouTube yang mempunyai pengikut yang semakin bertambah -
sekalipun kritikan seumpama itu tidak ada justifikasinya, dan boleh
dipersoalkan.
Arifin mengingatkan hakim agar sentiasa menegak dan mempertahankan
kebebasan badan kehakiman dengan membuat keputusan yang adil berasaskan
prinsip undang-undang yang sah.
Beliau berkata, kebebasan badan kehakiman adalah perkara paling utama
dalam pentadbiran negara dan Perdana Menteri dikehendaki menjamin
kebebasan institusi itu di bawah Akta Suruhanjaya Kehakiman 2009.
Arifin juga mengingatkan pihak-pihak lain khususnya peguam agar tidak
bertindak menentang undang-undang bila menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap keputusan mahkamah.
Beliau berkata, tanggungjawab integriti kehakiman tidak terletak pada
bahu Perdana Menteri dan para hakim semata-mata, tetapi perlu
dipertahankan oleh pihak awam.
"Dengan penuh kesedaran, saya mesti nyatakan, perkara mengenai
perjalanan kehakiman di negara ini perlu diserahkan sepenuhnya kepada
badan kehakiman tanpa gangguan.
"Badan kehakiman mestilah dilihat sebagai institusi yang bertugas
memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan
dalam menegakkan prinsip pemisahan kuasa yang demokratik.
"Badan kehakiman mestilah juga dilihat sebagai pemelihara Perlembagaan dan pelindung hak rakyat," kata Arifin.
Terdahulu, hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaharah Ibrahim, 62, mengangkat
sumpah sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, sementara hakim Mahkamah
Tinggi Datuk Zamani A. Rahim, 64, dinaikkan pangkat hakim Mahkamah
Rayuan.
Dua Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera, 53; dan Datuk Douglas
Cristo Primus Sikayun, 63, disahkan sebagai hakim-hakim Mahkamah
Tinggi. - Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment