Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, October 14, 2014

ORANG TENGAH PENGAGIH kini dah DAH JADI PENAGIH ?

Kalau tiada angin takkan pohon bergoyang.Kalau lihat fakta yang Timbalan Menteri Kewangan kata " Pada 2013, Permata menerima peruntukan sejumlah RM150 juta, yang mana daripada jumlah itu RM77 juta diserahkan kepada Kemas bagi menaiktaraf 313 tadika di seluruh negara.
Di sini kita dapat lihat dan faham peruntukan RM150 juta tahun 2013 tidak habis digunakan dengan berbaki RM20 juta .Jadinya mana perbelanjaan 2014? Kenapa perlu tambah bajet jika sebelumnya bajet ada baki ? Tahun 2013 150juta dan Tahun 2015 bajet RM711juta???

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak menerima peruntukan RM711 juta untuk Program Permata Negara (Permata) yang diumumkan semasa Bajet 2015 seperti didakwa beberapa pihak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, Permata hanya berkongsi peruntukan berkenaan dengan Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan.

"Rosmah tidak dapat sesen pun daripada Permata," kata Ahmad di lobi Parlimen hari ini.

"Dapat RM711 juta itu tidak betul. Ia keseluruhan yang diperolehi pendidikan pra sekolah," katanya dan menambah, Permata hanya berada pada kedudukan keempat daripada keseluruhan penerima belanjawan itu.

"Pecahan itu boleh didapati daripada Kementerian Kewangan," kata ahli Parlimen Pontian itu lagi.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini menjadikan Permata sebagai sasaran untuk mengkritik Rosmah dengan mendakwa projek pembangunan kanak-kanak itu merupakan satu pembaziran.

Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin sebelum ini berkata, Permata hanya dilihat menjadi "orang tengah" mengagihkan peruntukan kerajaan.

Beliau juga turut mencadangkan, Permata yang dinaungi Rosmah itu juga seharusnya dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada 2013, Permata menerima peruntukan sejumlah RM150 juta, yang mana daripada jumlah itu RM77 juta diserahkan kepada Kemas bagi menaiktaraf 313 tadika di seluruh negara.

Manakala, RM16 juta pula digunakan untuk Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan RM9 juta disalurkan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak bagi program Permata dan RM20 juta lagi dipulangkan kembali kepada kerajaan.

Permata ditubuhkan bagi menjadi institusi terulung dalam mempelopori keperluan pelajar pintar dan berbakat dalam bentuk generasi bitara bangsa yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. ~malaysian insider

No comments: