Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 3, 2014

AMBIL IKHTIBAR INSIDEN YANG TELAH BERLAKU



PANDANGAN YANG IKHLAS, BERNAS, JELAS, TEGAS DAN PANAS LAGI PEDAS DARI MAT SABU JIKA PAS MAHU TAWAN PUTRAJAYA.


Pakatan Rakyat (PR) perlu dijadikan sebagai platform jika PAS berhasrat untuk menawan Putrajaya dan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, sejarah membuktikan PAS meraih kejayaan terbesar bersama PR pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di mana 5 negeri berjaya dimenangi gabungan pembangkang itu diikuti mendapat undi popular melebihi BN pada PRU13.

“Saya hendak simpulkan di sini, kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau tahalluf siasi atau coalition dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada 'tahalluf', tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti dalam Pakatan.

“Jika PAS dan rakan dalam PR berangan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan lain, melainkan jalan terbaik melalui kerjasama politik antara parti pembangkang dan NGO untuk hadapi pemerintah BN,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu artikel bertajuk "Tahalluf siasi punca utama kejayaan PAS" diterbitkan portal Harakahdaily.

Pada PRU12, buat pertama kalinya majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan merupakan kejayaan paling besar dicapai parti pembangkang sejak Merdeka apabila 5 negeri jatuh ke tangan PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Menerusi PRU12  juga, PAS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen dan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia.

Mohamad berkata, sejarah membuktikan PAS mengalami kekalahan teruk apabila tidak berada dalam gabungan politik menerusi beberapa siri pilihan raya umum yang lepas.

Katanya, PAS berdepan kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) dan mereka gagal mempertahankan Terengganu selain mencatatkan penurunan undi di seluruh negara termasuk undi orang Melayu Bumiputera.

“Pada pilihan raya 2004, DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam.

“Maka pada 2004, PAS mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah, yang tinggal hanyalah satu kerusi di peringkat Parlimen dan 5 kerusi Parlimen di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, sejarah kegemilangan PR bermula pada 1999 ekoran peristiwa yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim maka terbentuklah BA yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR.

Katanya, pada ketika itu PAS berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2) serta menguasai Kelantan dan Terengganu yang ditawan semula PAS selepas kehilangan 2 negeri itu pada 1962.

“PR dan tahalluf siasi diteruskan menjelang PRU13 di mana sekali lagi PR mencatat kemenangan undi popular lebih 52% dan BN mendapat undi 46% sesudah ditolak undi rosak kira-kira 2%.

“Walaupun tidak berjaya menawan semula Terengganu, PAS hanya kehilangan 2 kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah tetapi kejayaan yang besar ialah PAS capai di Selangor iaitu berjaya mencapai kemenangan 15 kerusi DUN,” katanya.


6 comments:

Anonymous said...

Boleh tahaluf berterusan dgn syarat TENDANG TGHH DAN GEROMBOLAN UG YANG MENJADI DURI DALAM DAGING PAS.PASTI BERES

Anonymous said...

Di bawah pimpinan TGHH lah Pas mencapai kemajuan. Dan untuk pencacai tegar PKR; tolong tengok balik video MP PKR yang terus terang menyatakan Anwar begitu teruja untuk membentuk kerjasama dengan Umno. tengok jangan tak tengok; rugi.

Anonymous said...

sandiwara mat sabu je tu setelah langkah sumbangnya diketahui ahli pas.

Anonymous said...

Memang ulamak pewaris nabi tapi majlis syura ulamak belum tentu sebab angkat sendiri. Majlis Syura Untut serban besar mungkin. PAS boleh jadi PUS aje (Parti Ulamak Semesia) ringkasnya untuh ahli ahlinya boleh dipanggil PUSSY

Anonymous said...

kalu di"tendang" Hj Hadi dan "geng ug" seperti dicadangkan Anon September 3, 2014 at 9:15 PM, saya jangkakan DSAI akan jadi KetUm dua parti - PKR & PAS...

Masa tu DAP jugak terpaksalah berKetUmkan DSAI...

Semangat setiakawan la katakan...

Setiakawan la sangat!

CuCuBahaman said...

PAS 2014 bodoh...!!!