Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 11, 2014

KEADILAN MEMANG PERIT NAMUN KALI INI TERPALIT MUKA SENDIRI !



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata penulis blog yang mengaitkan dirinya dengan aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang sebagai "bodoh".

MP Padang Rengas itu berkata tuduhan yang dibuat berikutan kemunculannya di Pulau Pinang untuk mempromosikan Festival George Town pada 3 Ogos lalu adalah tidak berasas.

"Itu blogger bodoh. Kalau nak berblog biar ada otak," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

"Kalau saya balik kawasan saya, tak ada pula orang berbogel di sana. Kalau saya ini menggalakkan orang berbogel, sepatutnya di kawasan saya tiap-tiap minggu berbogellah sebab saya balik setiap minggu," katanya lagi.

Sebelum ini sebuah blog menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng menggalakkan kegiatan bogel, dengan mengaitkan hubungan rapat antara Lim dan Nazri yang dilihat mesra semasa Nazri berkunjung ke Pulau Pinang.

 
http://omakkau.blogspot.com/2014/08/isu-sukan-bogel-2014-teluk-bahang-pulau.html

No comments: