Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 13, 2014

FENOMENA 4 BULAN PAS DI RIBA TSKI ?

FENOMENA YANG AKAN BERLAKU DI NEGERI SELANGOR SEHINGGA BULAN NOVEMBER 2014 IALAH  Tan Sri Khalid Ibrahim AKAN TADBIR dengan sokongan PAS.

INI DISEBABKAN  DUN SELANGOR HANYA BERSIDANG PADA BULAN NOVEMBER. PERLU DIINGAT SIDANG TERGEMPAR DUN SELANGOR HANYA MB YANG BERKUASA UNTUK MEMANGGIL SIDANG DUN TERSEBUT.

NAMPAKNYA BERKEMUNGKINAN BESAR KERAJAAN SELANGOR DI BAWAH MB KHALID (TSKI) AKAN BERLANJUTAN PEMERINTAHANNYA SELAMA 4 BULAN.

NAMPAKNYA PAS BEGITU DOMINAN DAN DALAMASA  4 BULAN ITU BAGAIMANA KEADAAN AHLI MAJLIS YANG TELAH DILANTIK ? HARAPAN KITA SEMOGA KEAJAIBAN ALLAH AKAN MERUNGKAI KEJADIAN ANEH INI DAN SEMOGA PAKATAN RAKYAT AKAN BERGABUNG RAPAT SELEPAS 4 BULAN ITU.

8 comments:

ibnmustaffa said...

Kena mintak royalti ni.... he he..

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

homestaytaman keruing at http://pasanggerikapt.blogspot.com and http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

Anonymous said...

Bukankah PAS ada 15 kerusi dan Khalid sudah tidak ada parti ini bermakna PAS lebih berkuasa apa perlu minta bantuan dengan PKR atau DAP untuk dapat sokongan memilih ahli ExCO MB sendiri ada kuasa sekarang jadi selepas perlantikkan Khalid bolehlah meneruskan jawatannya kerana tanpa parti pun di Selangor jawatan MB boleh diperkenankan oleh Tuanku Sultan , inilah hak mutlak yang ada pada Sultan. selepas ini tak perlu lagi ahli politik bersusah payah untuk nak menang dalam PRU untuk DUN.dan bagi PAS jika tidak cukup sokongan boleh minta bantuan UMNO sebab TPM pun dah buat kenyataan terbuka yang UMNO akan sokong sepenuhnya untuk Khalid kekalkan jawatannya.Jadi tak perlulah bersusah payah memikir yang EXCO PAS yang tidak bersimpati dengan raka EXCO yang ditamatkan jawatan tersebut.Kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

Aku sokong pendangan diatas cuma nak tambah sikit saja sekarang ini kalau buat pengundian kerusi sudah jadi sama banyak iaitu PAS = 15 UMNO = 12 PKR = 13 (hilang satu setelah KHalid dipecat dari PKR) dan DAP = 15 jadi kalau UMNO sokong dan PAS pula mahukan Khalid kekal dan campur Khalid sendiri maka Khalid sudah tentu boleh kekalkan jawtannya dan EXCO baru boleh dilantik dari kalanga ADUN PAS tiada masaalah maka PKR dan DAP akan jadi pengemis politik jalanan semula untuk menerangkan kepada rakyat atas kemelut yang berlaku.

Ridd said...

TAHNIAH Akhirnya cita2 mereka yg inginkan PR jatuh di N.Selangor tercapai.

Jika ini cara kepimpinan PAS memimpin. Bangsa Cina Dan India akan hilang kepercayaan pada parti ini. Mereka beri kepercayaan atas dasar-dasar dalam parti PAS. Hakikatnya hari ini PAS sudah memusnahkan kepercayaan itu. Dalam sekelip masa ia sudah menghancurkan kepercayaan semua bangsa pada parti PAS.

Sejarah PAS bermula bersama UMNO, walaupun PAS keluar dari gabungan kesetiaan pada UMNO masih utuh dan kuat.

Apa yang berlaku di N.Selangor adalah satu pengajaran yang besar untuk PR. Sewajarnya mereka wajib bersama di waktu susah dan senang dan berganding bahu bersama, tapi ini tidak berlaku. Disini kita boleh melihat pengangan PAS di dalam politik. Antara kita suka atau tidak tapi kita haruslah berpengang pada janji dan kesetiaan. Harus ingat khalid bukanlah jaminan untuk Selangor maju.

Tidak ada parti yg akan kurang akalnya untuk mengenakan tindakan kepada ahlinya. Sudah tentu tidakan tersebut sudah sudah dis3lidik sebelum tindakkan di buat. Jika ia boleh mengakibatkan perpecahan dalam gabungan dan parti PKR sendiri. Drama terbaik dari PAS.

Jika jawatan tersebut kembali pada PR. Pastikan 4 pelakon badut itu patut di hapuskan dari jawatan dan pru akan datang jika nama mereka tersenarai pasti pengundi PR tidak undi buat mereka. Pelakon2 ini ingat mereka hebat, hakikatnya mereka memang bodoh lagi dan dungu dalam soal membezakan politik dan pentakbiran.

Jika betul ada sifat setia kawan dalam pakatan kenapa harus menunggu 17 haribulan untuk bersidang?
Ia seperti satu kisah Mak Andeh yang mana anaknya terkena air panas seluruh badan, terpaksa tunggu Pak Pandeh balik minggu hadapan untuk di bawa berjumpa doktor.
Sama sistem dan pendirian PAS dengan cerita dongeng Pak Pandeh. PAS parti DONGENG tapi benar.

Sejarah PAS berulang kembali dalam politik negara, Ia adalah sebuah parti politik yang tidak bertamadun. Walaupun dikalangan mereka paling ramai yang berpendidikan tinggi kalau ingin dibandingkan dengan UMNO.

TAHNIAH BUAT PAS

PAS BADUT umno KINI DAN SELAMANYA

Tahniah...!

mar said...

PKR yang mulakan krisis dgn tidak berbincang dgn PAS terlebih dahulu.Apakah ini semangat pakatan> Apabila tersepit baru nak cakap pasal setiakawan dan mula menyalahkan orang lain bila org lain tidak memberi sokongan. PAS keluar je dari Pakatan yang memang mementingkan diri sendiri bukan untuk membela rakyat.

Jawe said...

Ko rasa boleh percaya ke PAS ni kalau khianat letak calon kat Bkt Damansara dan Sg Pinang PRU lepas? Kami pengundi cuba maafkan PAS, tapi makin lama makin teruk. Hantar wakil bermesyuarat PR tapi TGHH umum sokong Khalid pulak. Kalau keluar, jadilah PAS lebai malang. Teruslah redha dgn kekalahan setiap kali PRU tanpa pernah belajar dari sejarah dan kesilapan lalu. Belajarlah dari kejatuhan Ganu dan Kedah sebab kelembapan membuat keputusan. Kasihan kepada pejuang PAS yang sentiasa berkorban untuk sampai ke tahap ini, tapi pemimpinnya suka buat keputusan sendiri.

ibnmustaffa said...

Bila masa Bkt Damansara ada list dalam DUN Selangor ni? Kah kah kah!! Bkt Damansara dekat KL la jawe!

Dan DUN Kota Damansara ditandingi oleh PSM. Takde dalam PR pun.... Tapi, pkr boleh plak tanding lawan PSM.... kat mana ya tu....