Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 23, 2014

MEMANG BENAR KATA DATO SERI ANWAR !

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam mengaku bahawa beliau memang memiliki bank di Tanzania seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ya... memang saya ada bank di sana (Tanzania)... lama dah. Anwar pun tahu sebab dia ambil alih Menteri Kewangan daripada saya dulu.

"Masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai rasuah (peringkat kabinet)... kenapa waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya," kata Daim dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas hadir program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin di ibu negara semalam.Beliau turut mengakui pernah dua kali disiasat pada 1999 berhubung pemilikan itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalm siri ceramahnya sebelum ini mendakwa mempunyai bukti penyelewangan besar Daim.Beliau turut mendakwa Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.

Maklumat itu kata Anwar diperolehi dari gabenor bank negara Tanzania yang menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di negara itu.

Anwar berkata, beliau dimaklumkan bank di Tanzania itu adalah 'istimewa' kerana Daim hanya menyimpan duit sahaja tanpa sebarang operasi.

Terbaru dalam satu temubual dengan Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula mendedahkan bahawa Daim juga pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh.

Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.

"Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily.

Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland.Hrkh

No comments: