Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 29, 2014

ASTAGFIRULLAH ! DAH UMUR 60 TAHUN TAK BUAT APA_APA?

Komen : Kalau tak kira kes PARTI UMNO pernah diharamkan tahun 1988 maka Parti UMNO telah berumur lebih 60 tahun dan dah tua sangat.Kalau 60 tahun memerintah tapi 'Hudud' rupanya sampai la ,tiada kajian langsung.

Bantah dan spin pasal Hudud memang UMNO berani berapi-rapi dan selalu bila tanya bila nak buat, pemimpinnya kata ini kena kaji dulu.

Hudud: PAS Terkejut Kenyataan TPM. Rupanya UMNO Tak Buat Apa..

KUALA LUMPUR: PAS terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata Umno mahu berkerjasama dengan PAS untuk memberikan pemahaman tentang hudud.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Muhyiddin itu sekaligus memberi maksud bahawa Umno tidak pernah berbuat apa-apa untuk menjelaskan isu hudud kepada masyarakat selama ini.

"Kita terkejut dengan kenyataan Muhyiddin yang baru nak bagi penjelasan.
"Selepas 50 tahun lebih dah merdeka... maknanya Umno tak buat apa-apa selama ini untuk memberi kefahaman tentang undang-undang Islam," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikin ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno itu semalam yang berkata mereka ingin bekerjasama dengan PAS bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Jelas Muhyiddin, adalah penting untuk duduk semeja dan berbincang sebelum PAS bertindak membawa Rang Undang-Undang Persendirian Kanun Jenayah Syariah II 1993, Kelantan ke Parlimen.

Muhyiddin juga memberitahu cadangan itu telah diutarakan kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam. Dalam kenyataannya semalam, Muhyiddin juga turut membayangkan bahawa Umno sukar untuk menyokong usul yang akan dibawa oleh PAS itu.

"Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna.
"Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara," katanya.

Pada masa yang sama beliau juga mengakui bahawa masih ramai yang tidak memahami hudud. - HARAKAHDAILY 28/4/2014

No comments: