Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

salam hari malaysia

salam hari malaysia

Wednesday, March 5, 2014

GARA -GARA UMNO HENTAM SYIAH, PENOREH GETAH DAPAT PADAH !


Getah Malaysia bernilai RM2 juta yang sepatutnya dieskport ke Iran terpaksa disimpan di Malaysia hingga menyebabkan kerugian kepada seorang ahli perniagaan. 

Seorang ahli perniagaan Malaysia terpaksa menyimpan getah bernilai RM2 juta yang mengikut rancangan awalnya akan dieksport ke Iran berikutan tindak balas pembeli di republik Islam itu terhadap kempen anti-Syiah yang dipelopori Umno.

Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-Iran (Mifa), Azizi Ahmad, berkata halangan datang daripada kalangan orang perseorangan Iran dan bukan dasar rasmi kerajaan negara itu.

"Mereka tidak mahu membeli barangan Malaysia sejak kempen itu. Ia umpama kempen yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dahulu, Buy British Last, sekarang jadi Buy Malaysian Last," kata Azizi kepada The Malaysian Insider.

Azizi berkata, berbeza dengan pengikut Sunni, pengikut Syiah yang merupakan majoriti umat Islam di Iran sangat dipengaruhi oleh ulama mereka, maka sebarang panggilan boikot boleh memberikan kesan buruk terhadap Malaysia.

"Jika ulama mereka kata berhenti berurusan dengan Malaysia, susahlah kita nanti," katanya yang mendengar ura-ura perkara itu akan berlaku.

Selain masalah yang dihadapinya di Iran, Azizi juga berdepan masalah sama di kalangan rakyat Malaysia apabila beliau didakwa menjadi "tali barut Syiah" kerana hubungannya dengan republik Islam itu.

"Saya sedang dalam proses memfailkan saman ke atas seorang ustaz kerana membuat pelbagai tuduhan kepada saya sehingga menyebabkan saya dipulau dan perniagaan saya terjejas," katanya.

Sementara itu, seorang pegawai kedutaan Iran di Kuala Lumpur, ketika ditemui The Malaysian Insider, mengakui bahawa jumlah nilai perdagangan negara itu dengan Malaysia berkurangan dalam dua bulan pertama tahun ini.

Pegawai yang enggan namanya disiarkan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu mengenai apa-apa kempen memulau barangan Malaysia oleh ahli perniagaan Iran.

Beliau berkata, jumlah nilai perdagangan yang lebih kecil mungkin disebabkan faktor lain seperti usaha Iran mempelbagaikan ekonominya dan mendapatkan bahan mentah daripada sumber baru.

Pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno melancarkan serangan keras ke atas pengikut mazhab Syiah dan menuduh pemimpin kanan PAS sebagai pengikut aliran tersebut.

Turut menjadikan Syiah sasaran ialah ustaz yang berceramah di masjid dan surau dengan alasan Syiah dan Iran adalah musuh umat Islam, merujuk kepada perkembangan semasa di Syria yang meletakkan Iran dan negara Arab di pihak berlainan.

Baru-baru ini, The Malaysian Insider melaporkan beberapa syarikat milik kerajaan di Malaysia, khususnya dalam sektor minyak dan pertanian, kerugian besar apabila Iran mula mengurangkan import dari negara ini.

Ini menyebabkan seorang menteri dikatakan menghubungi seorang pemimpin PAS bagi menggunakan persahabatannya dengan Iran dalam memulihkan hubungan dengan Iran.



"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Biro Antarabangsa PAS kepada The Malaysian Insider.

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti-Syiah di Malaysia.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.

Hubungan Malaysia dengan Iran dan beberapa negara beraliran Syiah, termasuk Iraq, tegang ekoran serangan terbuka Umno terhadap Syiah, di mana mazhab tersebut dicap sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam.

Susulan itu, masyarakat perniagaan Iran dan Iraq yang majoriti Syiah mula menjauhkan diri daripada Malaysia.

"Sejak kebelakangan ini ramai rakan-rakan perniagaan saya dari Iran mula mendekati Indonesia pula sebagai alternatif kepada Malaysia," kata Azizi.

Azizi berkata, jika dibandingkan sikap melampau Malaysia dengan Indonesia, republik itu bersikap lebih terbuka.

Katanya, isu Syiah menyebabkan syarikat Malaysia berdepan masalah di Iraq, terutama dalam sektor minyak dan gas.

Iraq, sebuah negara yang sedang dibangunkan semula selepas serangan Amerika sebelum ini, membuka banyak peluang perniagaan kepada negara lain, termasuk Malaysia, di mana syarikat petroleum nasional Petronas juga sedang berusaha mendapatkan peluang carigali di sana.

Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.

"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.

“Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)," katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.

Baru-baru ini, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, memberi amaran supaya Malaysia berhati-hati dalam menangani isu Syiah kerana ia boleh mengundang tuduhan Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.

Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian yang dikenali Amman Message, sebuah inisiatif pemerintah Jordan pada ketika itu bagi merapatkan pelbagai mazhab dalam Islam termasuk Sunni dan Syiah.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata deklarasi yang turut disokong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

4 comments:

Adnan said...

apa la sangat iran boikot banding dengan apa yang orng islam syria hadapi sekarang

Anonymous said...

Bercakap guna pungkoq, tak guna otak. Mampuih UMNO.Kangkung UMNO.

Anonymous said...

memang patut iran sedar kita benci perangai syaitan syiah mereka.

biarkan mereka boikot, bumi Allah ini luas. mereka berdagangdgn kita dan gunakan hasil utk sembelih umat Islam syria.

kita kena yakin rezeki ditangan Allah. justru jgn salahkan sikap kita anti syiah tp salahkan pemimpin umno yg tk pandai menghadapi suasana.

boikot iran sama penting dgn boikot israel, kedua2nya bersaudara.

jahanam utk iran syiah dan hezbosyaitan laknatullah syiah.

Anonymous said...

Takkan satu negara je guna getah. Boleh expot negara lain.