Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 5, 2014

MEMANG KEJAM DAN HARAM LEBIH DASYAT DARI LABU PERAM?


Skandal 1Azam RM690 juta, lebih besar dari NFC 

PETALING JAYA 4 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.

“Jika ‘meletup’, ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.

“Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.

“Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa,” jelas Rafizi.

Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.

Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

“Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.

“Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.

“Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang,” katanya. -KD 

No comments: