Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 3, 2014

AZIZ BARI, KAMU MEMANG DIPANDANG NGERI OLEH UMNO!

Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melantik menteri besar kerana ia tertakluk kepada prinsip raja perlembagaan, kata pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah semalam bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.

Mohd Noor berkata kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Menolak pendirian Mohd Noor, Abdul Aziz yang juga bekas profesor Univerisiti Islam Antarabangsa itu berkata kedudukan yang dinyatakan bekas hakim berkenaan adalah sebelum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. - malaysiakini

No comments: